ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Foto Intipan

Views

Akhirnya, kami berjaya mendapat foto intipan awal model pertama Perodua untuk tahun 2020, Bezza facelift. Foto ini telah dikongsikan oleh rakan pembaca kami, De Adams di ruangan komen laman Facebook rasmi Funtasticko.net sebentar tadi.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO

Foto tersebut telah diolah kembali oleh kami untuk memastikan kualiti imej yang lebih terang dan jelas. Jika diperhatikan ada perkataan car-ideologi.blogspot.com yang tertera pada foto tersebut, namun kami tidak menemui laman tersebut apabila carian dibuat.

Tidak dipastikan di mana treler pengangkut ini dikesan dan ke manakah arah destinasinya. Yang pasti kita sudah dapat melihat bampar belakang Bezza facelift yang mirip bampar Myvi generasi ketiga. Pada kami ia nampak lebih sporty berbanding model semasa meskipun bentuk lampu belakangnya masih dikekalkan.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Bentuk bampar belakang Bezza facelift ini mirip gambaran digital yang dibuat oleh penulis dalam artikel terdahulu kan? Nampaknya hebat juga daya imaginasi penulis kerana meneka rekaan hampir tepat walaupun langsung tidak menerima sebarang info mengenainya.

Desas-desus mengatakan Perodua bakal melancarkan Bezza facelift pada pertengahan bulan Januari 2020. Sejauh manakah kebenaran info tersebut masih lagi tidak dapat kami sahkan buat masa ini. Apa pun, nantikan info dan foto yang lain sekiranya kami memperolehinya nanti. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply