ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter

Foto Intipan

Views

Laman Facebook rasmi rakan sekutu kami The Ajerul hari ini telah memuatnaik beberapa foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift), termasuk foto panel meter dan papan pemuka. Kali ini foto yang diambil dari jarak dekat dan kita dapat melihat rekaan lampu depan serta bampar baharu Bezza 2020.

Sekali imbas, wajah baharu Bezza 2020 ini mirip Honda City dan  memang benarlah apa yang telah diperkatakan oleh beberapa individu kepada kami sebelum ini. Perbezaan paling ketara pada model Bezza 2020 adalah rekaan lampu depan serba baharu yang lebih tirus dan bersegi. Lampu yang digunakan adalah dari jenis LED, sekaligus menjadikannya model sedan segmen-A buatan Malaysia yang pertama menggunakan lampu jenis ini.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Rekaan bampar Bezza 2020 tampil lebih garang serta turut membawa pengaruh rekaan model-model terkini Perodua yang berunsurkan rekaan “X”. Jika dilihat dari foto yang ada ini, nampak visual Bezza 2020 lebih lebar disebabkan penggunaan jejalur melintang, Di bahagian belakang, Bezza 2020 nampak lebih aggresif dan sporty, persis Honda Civic terutama pada bahagian bampar.

Paling dinantikan sebenarnya adalah foto rekaan papan pemuka dan panel meter. Seperti yang lazim dilakukan oleh mana-mana pengeluar kereta, mereka hanya akan mengemaskini rekaan sedia ada dengan menyuntik beberapa elemen rekaan baharu supaya nampak lebih segar. Perodua turut melakukan perkara yang sama dengan memasukkan jejalur kemasan krom kusam merentangi sepanjang bahagian tengah papan pemuka.

Rekaan sebegini kita telah lihat lebih dahulu pada model Aruz, dan untuk Bezza 2020 ia telah berjaya menceriakan sedikit bahagian tengah papan pemuka yang sebelum ini didominasi dengan warna hitam piano. Agak mengecewakan Perodua masih lagi mengekalkan unit pemain audio pada model semasa dan kami yakin foto ini menunjukkan varian 1.0 liter.



JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Seperti biasa, rekaan paparan meter akan ditukar kerana ia merupakan bahagian yang paling mudah untuk diubah tanpa melibatkan kos yang agak tinggi kecuali melibatkan meter jenis digital sepenuhnya. Untuk model segmen-A, memadai dengan hanya mengubah reka bentuk visual dan pencahayaannya. Bezza 2020 akan menggunakan meter serba baharu dengan pencahayaan berwarna putih.

Satu lagi yang akan berubah nanti kemungkinan besar adalah reka corak sarung tempat duduk fabrik dan kulit.  Tidak mustahil Perodua menggunakan kemasan ala denim pada Bezza 2020 kerana mereka pernah berbuat demikian pada model Axia 2019 varian STYLE. Apa yang pasti, menurut info dari risalah yang tertiris semalam, Bezza 2020 bakal dilengkapi dengan ciri Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 2.0), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) serta pengenalan dua warna baharu.

Nampaknya, gambaran yang dibuat oleh kami sebelum ni boleh dikatakan hampir tepat, walaupun tanpa sebarang ‘petunjuk’ mahupun ‘info risikan’.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply