ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Foto Intipan

Views

Akhirnya, dapat juga kita melihat wajah baharu Perodua Bezza facelift menerusi siri foto intipan terbaharu yang telah dimuatnaik ke laman blog car-ideologi.com. Nampaknya gambaran digital yang penulis bayangkan dalam artikel terdahulu juga hampir tepat dan tidak terlalu banyak perbezaan walaupun tidak pernah melihat model sebenar.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Perbezaan paling ketara pada Perodua Bezza facelift ini adalah rekaan lampu hadapan dan bampar yang serba baharu. Sekilas pandang, bentuk lampu baharu Bezza facelift ini mirip dengan lampu depan model konsep awal Bezza yang dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) hampir sedekad yang lalu.

Bampar depan Bezza facelift turut menampilkan rekaan berunsurkan “X” yang telah diperlihatkan pada model terbaharu keluaran Perodua seperti Myvi generasi ketiga, Aruz, Alza facelift dan Axia 2019. Pada pandangan penulis, Bezza 2020 nampak lebih garang dan moden.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO

Boleh dikatakan hampir semua profil badan model Bezza ketika ini masih dikekalkan pada versi facelift dan para pereka di studio reka bentuk Perodua berjaya menambah baik penampilannya. Jika anda perasan, skirt sisi yang dipasang pada model ini mungkin datangnya dari aksesori GearUp, selain rekaan rim aloi baharu yang mempunyai rekaan yang seakan sama dengan Myvi.

Di bahagian belakang, penulis lihat pereka Perodua cuba mengurangkan ‘lentikan’ yang sebelum ini agak ketara dan kelihatan rekaan bampar baharu nampak lebih seimbang dari pandangan sisi. Secara keseluruhannya, Bezza berwajah baharu ini sangat ber’beza’ dengan model sedia ada dan penulis yakin faktor ini akan mendorongnya kembali ke kedudukan teratas dalam kategori sedan segmen-A.

Apa pandangan anda pula?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply