ARKIB

KATEGORI

Buletin

40 motosikal percuma diberi kepada penduduk miskin tegar sekitar kawasan Parlimen Kuala Terengganu

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 40 motosikal percuma disumbangkan kepada penduduk miskin tegar di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam.

Berita Harian melaporkan, majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, yang turut disaksikan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang), Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), dan Ahmad Shah Muhamed (Bandar).

Ahmad Amzad yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membeli 40 buah motosikal jenis Modenas Kriss 110 itu.

Ujar beliau, pihaknya berharap semua penerima akan memanfaatkan sepenuhnya motosikal yang diberi secara percuma ini untuk mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Seorang penerima motosikal terbabit, Norseaslinda Kasim, 44, dari Kampung Hiliran Jejawi, bersyukur sehingga menitiskan air mata gembira atas sumbangan itu.

Norseaslinda yang menjual pisang goreng dan keropok di Pulau Kambing berkata, anaknya meminjam motosikal rakan untuk membawa beliau ke majlis itu yang berlangsung di Pusat Tarbiyyah, Wakaf Mempelam.

“Perasaan saya berdebar-debar ketika nama dipanggil untuk naik ke pentas menerima geran, dan motosikal boleh dibawa pulang tanpa sebarang bayaran kerana semuanya termasuk insurans, sudah diuruskan,” katanya.

Dia berkata, motosikal itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin, termasuk untuk kegunaan ke pasar membeli barangan niaga.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

“Sebelum ini, saya terpaksa menggunakan perkhidmatan kereta sewa untuk berulang-alik ke pasar setiap pagi bagi mendapatkan pisang dan keropok mentah,” katanya.

Seorang lagi penerima, Romzi Mokhtar, 52, dari Lorong Kemunting, Pasir Panjang, berkata dia akan menunggang motosikal itu ke pasar untuk mengambil bekalan ditempah beberapa pengusaha premis makan.

“Saya hanya bekerja mengambil upah menghantar sayur, ikan, ayam dan keperluan lain yang ditempah beberapa pengusaha restoran serta kedai makan,” katanya yang memperoleh pendapatan RM50 sehari.

Selain itu, beliau berkata, kemudahan berkenaan juga akan digunakan untuk menghantar serta mengambil lima anaknya yang masih belajar di sekolah rendah dan menengah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply