ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lari pegawai imigresen, pemandu Proton Wira Aeroback direman empat hari

Berita Tempatan

Views

Pemandu kereta Proton Wira Aeroback yang dipercayai terbabit dalam kejadian langgar lari hingga mengorbankan pegawai Jabatan Imigresen di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) kelmarin, direman selama empat hari bermula hari ini.

Menurut Berita Harian, perintah reman terhadap suspek yang juga lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Nor Fazlina Musa, selepas mendapat permohonan polis.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada jam 9 pagi diiringi polis, sebelum proses permohonan reman terhadapnya selesai kira-kira sejam kemudian.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi kelmarin, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Samsudin, 46, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta.

Rakannya, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Zaili Nizam Muhammad, 43, merempuh motosikal Muhammad Nizam dan patah kaki. Polis berjaya mengesan kereta suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gurun.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata suspek ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, pada 6.30 petang semalam.

Katanya, suspek mendakwa melarikan diri kerana bimbang dipukul, selain tidak memiliki lesen memandu sah. Semakan nombor pendaftaran kenderaan mendapati kereta dipandu suspek milik abang iparnya di Kuala Lumpur

Zaidy berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply