ARKIB

KATEGORI

Buletin

MODENAS lancar ‘motosikal rakyat’ KRISS 110 baharu dan Pulsar NS160

Berita Tempatan

Views

MODENAS petang tadi melancarkan dua model motosikal baharu iaitu KRISS 110 baharu dan Pulsar NS160 ke pasaran Malaysia. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Sri Syed Faisal Albar, pengenalan dua model tersebut dijangka meningkatkan lagi pasaran bagi segmen motosikal moped dan street bike yang ketika ini 3.9 peratus kepada 6 peratus menjelang akhir tahun.

Katanya, model baharu KRISS 110 ini akan terus mengukir kejayaan dan mengekalkan reputasi motosikal legenda ini seperti sekitar tahun 1997. Ia mula dilancarkan pada tahun 1996 dan lebih daripada 800,000 unit telah terjual di seluruh negara.

Beliau juga berharap varian Pulsar terbaharu ini akan mendapat sambutan yang hangat, dan setakat ini tiga model street bike, Pulsar, V15 dan Dominar telah terjual lebih daripada 10,000 unit sejak dilancarkan pada tahun 2017.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Motosikal moped 4 lejang 110cc, KRISS 110 disasarkan kepada golongan dewasa muda yang ingin membeli motosikal pertama dan sebuah motosikal mampu milik yang mudah dikendali. Didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km, yang mana terdahulu.

KRISS 110 mematuhi piawaian pelepasan Euro 3 sepenuhnya dan telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ketinggian tempat duduk 755mm memastikan KRISS 110 selesa untuk ditunggang. Enjin empat lejang, satu silinder dengan penyejukkan udara pula bermakna kurang masa untuk menukar palam pencucuh dan membersihkan karburator seperti mesin dua-lejang.

Ia menawarkan reka bentuk yang kompak dan bergaya, dilengkapi dengan rim aloi 17 inci, ruang penyimpanan bawah tempat duduk yang luas, serta tempat duduk yang direka secara ergonomik untuk keselesaan menunggang yang maksimum. Selain itu, kapcai ini juga dilengkapi sistem brek drum hadapan dan belakang yang turut dilengkapi dengan sistem kejutan kembar dan fork teleskopik.

Rekaan lampu hadapan dan belakangnya kali ini tampil lebih sporty, manakala tangki minyak dengan kapasiti 4.2 liter mampu meliputi jarak 200 km dengan setiap tangki penuh. Dengan harga jualan RM3,377, boleh dikatakan ia ‘motosikal rakyat marhaen’ dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, kuning, hitam dan biru.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Sementara itu, Pulsar NS160 merupakan motosikal empat lejang, naked street bike dengan enjin suntikan bahan api DTSI, yang dijual pada harga yang berpatutan. Ia dikuasakan enjin cam overhead tunggal dan menggunakan Sistem Suntikan Bahan Api BOSCH yang mampu menghasilkan 11.05kW pada 8,500 rpm dan 13.99 Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear 5-kelajuan.

Pulsar NS160 dilengkapi dengan suspensi belakang Nitrox mono-shock, dengan reka bentuk yang garang dan sporty dengan penggunaan lampu LED pada lampu hadapan sehingga ke lampu signal. Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata bahawa syarikat itu sentiasa terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan pembangunan motosikal dalam usaha memenuhi keperluan pengguna Malaysia.

Sejak penubuhannya, MODENAS telah menghasilkan lebih daripada 17 produk, dalam pelbagai varian. Kebanyakan produk semasa adalah hasil kerjasama dengan rakan strategik seperti Bajaj Auto Limited, India, termasuklah Pulsar NS160.

Harga yang ditawarkan adalah serendah RM7,577 dan ia ditawaran dalam dua pilihan warna, biru dan putih. MODENAS telah menetapkan sasaran jualan tahunan sebanyak 35,000 unit untuk KRISS 110 dan 1,500 unit untuk Pulsar NS160. Kedua-dua model ini akan berada di pasaran bermula Oktober 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply