Kerajaan melihat kaedah mengenakan levi mengikut pemilikan kenderaan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, berisiko menyebabkan keciciran lebih besar dalam kalangan golongan sasar yang boleh dibantu.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ini kerana berdasarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kira-kira 40 peratus daripada keluarga sasar iaitu B60, tidak mempunyai pendaftaran pemilikan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“PADU sudahpun memadankan pemilikan kenderaan dengan semua pendaftaran kenderaan yang ada di JPJ dan saya boleh memaklumkan kepada dewan secara kasarnya sekitar 40 peratus daripada keluarga B60 itu tiada pendaftaran pemilikan kenderaan, …jadi kita ada masalah.
“Walaupun di peringkat atas, kata lebih baik menggunakan pendaftaran kenderaan untuk kendalikan penyasaran subsidi, hakikatnya bagi keluarga terbawah mereka sebenarnya tiada pendaftaran kenderaan, kerana satu keluarga mungkin menggunakan motosikal atas nama pendaftaran orang lain.
“Maka untuk menggunakan kaedah pendaftaran itu, risiko keciciran adalah lebih besar,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Beliau menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang mahu tahu sama ada pelaksanaan pembayaran levi, berdasarkan pemilikan kenderaan boleh dilaksanakan kerana ia dilihat lebih mudah berbanding kaedah pengesahan melalui kad pengenalan.
Sambung bayar punca tiada nama daftar kenderaan
Pada masa sama, Rafizi berkata, berdasarkan data awal PADU, menunjukkan ketidakpadanan yang besar akibat amalan berlainan dalam kalangan keluarga terbawah antaranya tindakan menyambung bayar kenderaan dan penggunaan nama orang lain bagi pendaftaran kenderaan.
“Sekitar 40 peratus daripada isi rumah sasaran kita sebenarnya tiada dalam sistem JPJ, sebab mereka menggunakan nama orang lain,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) sama ada kerajaan membuat rujukan model penyasaran subsidi petrol dari negara lain, Rafizi bagaimanapun berkata negara lain tidak mempunyai sistem subsidi minyak yang begitu meluas seperti di Malaysia.
Tiada negara lain bagi subsidi bahan api seperti Malaysia
Beliau berkata, malah di rantau Asia Tenggara kecuali Brunei juga, tiada yang memberikan subsidi begitu banyak kepada semua individu.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
“Hampir semua negara di dunia ini beralih kepada harga pasaran, jadi sebab itu kalau kita hendak rujukan, memang kitalah yang jadi rujukan. Bagaimana kita hendak beralih kerana negara lain tiada situasi seperti di Malaysia.
“Hampir semua negara dunia ini juga menggunakan kaedah pindahan tunai, iaitu mengapungkan harga kemudian memberi balik sumbangan itu melalui bantuan tunai bulanan.
“Itu yang ditimbangkan kerajaan (pelaksanaan penyasaran subsidi) namun diputuskan bahawa itu ada risiko besar terhadap kenaikan harga barangan sebab itu kerajaan memilih cara yang ada sekarang,” katanya.
Rafizi berkata, tidak timbul soal kerajaan umum dahulu baharu membuat kajian termasuk dalam aspek penyasaran subsidi petrol seperti didakwa pembangkang sebelum ini.
Katanya, malah melalui pembentangan Kajian Separuh Penggal pada September 2023, kerajaan sudah menetapkan penyasaran semula subsidi adalah asas utama reformasi dan pembaharuan ekonomi untuk mengukuhkan fiskal kerajaan.
“Yang kata umum tidak kaji ini sebenarnya hanya pembangkang, sebenarnya kita dah bagi isyarat bahawa penyasaran subsidi ini, adalah asas utama, …kecuali pembangkang tidak baca kajian separuh penggal,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Parlimen Malaysia
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI