Peluncuran kilang pemasangan tempatan (CKD) Proton Saga di Giza, dekat Kaherah, adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha sama itu penting bagi memajukan industri tempatan di kedua-dua negara.
Beliau berkata, keberadaan Malaysia di Mesir menerusi pembukaan kilang Proton sebagai rakan kongsi yang akan memulakan operasi pada bulan depan juga dibuat berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang dijalin selama ini.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
“Pembukaan kilang CKD Proton ini membuktikan komitmen antara dua negara direalisasikan iaitu kita mahu menjadikan Mesir sebagai hab perdagangan bagi rantau Afrika, manakala Malaysia pula menjadi hab mereka bagi Asia Tenggara.
“Kilang ini akan mengeluarkan 16,000 unit Proton Saga bagi tempoh 2024 hingga 2026 dengan nilai jualan dianggarkan bernilai RM570 juta,” katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya selama empat hari ke Mesir, semalam.
Sebelum itu, Perdana Menteri melancarkan pengoperasian kilang pemasangan kereta Proton Holdings Berhad di sini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri bagi Pembangunan Industri yang juga Menteri Pengangkutan dan Industri Mesir, Kamel Al-Wazir; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Ezz Elarab Elsewedy Industrial Investments, Hisham Ezz Elarab.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Anwar berkata, Proton bukan hanya setakat syarikat automotif, sebaliknya ia menjadi kebanggaan dan sebahagian daripada identiti Malaysia.
Beliau berkata, usaha sama yang dijalin antara kedua-dua negara ini juga penting bagi memajukan industri tempatan masing-masing. Sementara itu, Syed Faisal Albar berkata, pihaknya perlu meneroka pasaran baharu bagi memajukan jenama kereta tempatan.
Beliau berkata, dalam perancangan jangka sederhana, pihaknya berhasrat menjadikan Mesir sebagai hab utama Proton di rantau ini, malah pusat pemasangan serantau di Giza ini adalah yang pertama untuk model pandu kiri kereta Proton di luar negara.
“Kami berharap platform ini memberikan potensi untuk Proton berkembang lebih jauh ke negara jiran dengan menjadikan Mesir sebagai hab utama,” katanya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Anwar Ibrahim
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI