Akaun Facebook rasmi Honda Car India telah menyiarkan beberapa lakaran model sedan segmen-A, Honda Amaze generasi ketiga. Model ini bakal membuat debut globalnya di India pada 4 Disember nanti.
Jika dilihat pada penggayaan Amaze generasi ketiga ini, jelas ia memperlihatkan satu anjakan besar berbanding model semasa.
Gaya reka bentuk model ini banyak dipengaruhi oleh unsur rekaan yang diinspirasikan dari model City, Elevate, Civic, HR-V dan juga Accord.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Generasi ketiga Amaze ini kelihatan lebih bergaya, moden dan juga sporty. Sekilas pandang, ia mirip City dari padangan hadapan dan juga belakang, namun dengan saiz yang lebih kecil.
Rekaan lampu dan juga jeriji model HR-V turut kelihatan pada rekaan Amaze generasi ketiga selain rekaan bamparnya yang tersendiri.
Lakaran rekaan kabinnya turut diperlihatkan dan ia dilihat ‘meminjam’ papan pemuka model SUV, Elevate (WR-V di Jepun) dengan susun atur yang kemas dan ringkas.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Model ini bakal dilengkapi dengan lebih ciri-ciri berbanding model semasa dan dijangka ruang kabinnya akan lebih lapang dan selesa.
Honda Amaze 2025 dijangka masih mengekalkan rangkaian kuasa yang sama, iaitu enjin petrol 1.2-liter empat silinder i-VTEC yang dipadankan dengan pilihan transmisi manual ataupun CVT.
Dijangka Amaze serba baharu ini nanti bakal memberikan cabaran yang cukup hebat kepada pesaingnya iaitu Maruti Suzuki Dzire, Hyundai Aura dan Tata Tigor di pasaran India.
Kami berharap agar Honda Malaysia membawa masuk Amaze 2025 ke pasaran tempatan bagi memberi saingan kepada dua pesaing lokal, iaitu Proton Saga dan Perodua Bezza generasi terbaharu yang dijangka tiba pada 2025 dan 2026.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI