ARKIB

KATEGORI

Buletin

450 kereta modifikasi gegarkan ‘Motormaniac Encore Edition’ di MyTown hujung minggu ini!

Berita Tempatan

Views

Semalam berlangsungnya sidang media yang dianjurkan oleh jabatan media di bawah Bateriku.com, iaitu Motormaniac berhubung dengan acara Motormaniac Encore Edition.

Acara selama dua hari yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini, akan diadakan di Tingkat 7 tempat letak kereta pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Dianggarkan kira-kira 40,000 pengunjung akan hadir ke acara tersebut. Terdapat sejumlah 450 kereta daripada JDM, MDM, Continental, Concept Cars sehinggalah Supercars yang bakal dipamerkan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelancaran khas kereta projek pertama Motormaniac iaitu Nissan Cefiro A31.

Projek Motormaniac A31 telah bermula sejak 2 tahun lalu dan pengunjung bakal menyaksikan kereta berusia 35 tahun itu dipamerkan dengan modifikasi serta wajah yang baharu.

Bagi merealisasikannya, alat ganti untuk Projek A31 telah diperoleh dari Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat. Pemasangan dan pembinaan semula pula dilakukan secara oleh tenaga muda Motormaniac yang dibimbing oleh pakar-pakar industri di seluruh negara.

Acara permotoran ini turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan Malaysia manakala Rakan Kongsi Utama ialah Astra, MyTown, UVR dan RetroHavoc.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selain itu, Super Sunday, ASDF, Hausboom merupakan Penaja Utama, manakala para penaja lain terdiri daripada Allianz, Abstrax, Wahdah, Mannol, Brembo by Emerald, Kaloot dan The Flatschool Poject.

Menurut The Don of Motormaniac, Mike Faizi, selain barisan kereta yang dipamerkan, pihaknya juga telah menganjurkan kawasan ‘kereta untuk dijual’ dengan sejumlah 16 kereta terpilih boleh dibeli semasa acara tersebut.

Bukan itu sahaja, pertandingan Car Limbo dan 2-Step telah kembali, selain beberapa program dan aktiviti gaya hidup daripada BBOY (Breakdance) menegak, BMX (Basikal) menegak dan Hotwheels (Miniatur) akan turut dilangsungkan.

Tiket berharga RM10.00 sehari telah pun mula dijual dan anda boleh mendapatkannya menerusi PAUTAN INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply