ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Centre pertama di Malaysia kini dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Tesla Centre pertama di Malaysia yang terletak di Cyberjaya telah pun dibuka secara rasmi hari ini. Fasiliti dua-tingkat itu bakal pengalaman semua-dalam-satu untuk pelanggan di Malaysia dan akan melibatkan dua fasa.

Untuk fasa yang pertama, ia menempatkan pusat jualan yang akan mempamerkan model-model terkini Tesla. Fasa kedua pula akan melibatkan fasiliti untuk servis, penghantaran dan sokongan selepas-jualan.

Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan berkata, pusat sehenti berkeluasan 55,000 kaki persegi itu turut dilengkapi dengan sistem pengecas super bagi kegunaan dalaman dan pusat servis.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dalam majlis sama, Tesla turut mengumumkan yang model sedan terbaharunya, Model 3 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan akan mula diserah kepada pelanggan hujung tahun ini, manakala SUV elektrik Model Y, awal tahun depan.

Dalam ucapan perasmian, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata, kehadiran Tesla secara terus di negara ini akan memacu misi Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030.

Tambah beliau, apa yang penting, pihaknya yakin ia dapat membantu meningkatkan keupayaan PKS yang menyertai ekosistem Tesla, dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi untuk rakyat.

Bukan itu sahaja, kehadiran Tesla di Malaysia juga telah menjadi pemangkin minat dan menimbulkan kesedaran awam dalam mobiliti elektrik.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selaras dengan matlamat Malaysia untuk mempromosikan mobiliti rendah-karbon dan industri EV, pelanggan Tesla akan menikmati pengecualian duti import dan eksais.

Bukan itu sahaja, mereka akan menerima pengecualian 100 peratus cukai jalan dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan berkaitan kemudahan pengecasan EV bagi tahun taksiran 2023.

Bahkan syarikat yang menyewa EV bukan komersial juga boleh menuntut potongan cukai ke atas jumlah sewa sehingga RM300,000 dari tahun taksiran 2023 hingga 2025.

Waktu operasi Tesla Centre adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Jumaat – Dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum – Dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply