ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan akan pastikan EV ‘mampu dibeli’ – Tengku Zafrul

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan memastikan pemilikan kenderaan elektrik (EV) adalah tersedia untuk semua kumpulan berpendapatan menerusi subsidi bersasar dan bantuan kewangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan akan turut bertindak memperluas usaha serta meningkatkan prasarana berkaitan pengecasan EV di negara ini.

Tengku Zafrul juga menekankan bahawa pelaksanaan dasar dan inisiatif itu memberi impak positif ke atas industri automotif tempatan, sekali gus memaparkan komitmen kerajaan dalam membangunkan ekosistem EV yang holistik di Malaysia.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Bilangan kenderaan EV berdaftar telah meningkat kepada lebih 3,400 unit pada 2022 dan melebihi 7,500 unit setakat September 2023 berbanding purata 300 unit pada tahun-tahun sebelum ini.

Malah, pelaburan dalam industri EV di negara ini juga mencecah paras memberangsangkan sebanyak RM26.2 bilion bagi tempoh 2018 sehingga Mac lalu.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga meningatkan bahawa dasar EV perlu seiringan dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Baharu 2030 (NETR 2030) yang dilancarkan baru-baru ini.

Ujar beliau, ini penting kerana tiada gunanya mempunyai ribuan unit EV di atas jalan sekiranya Malaysia tidak bertindak menghijaukan grid tenaga sewajarnya dengan membangunkan lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Atas alasan itu, beliau berkata, NETR menyasarkan untuk memacu pelaburan dalam infrastruktur grid menerusi inisiatif bagi pembangunan TBB.

Mengulas kehadiran Tesla di Malaysia, Tengku Zafrul menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai pendorong yang akan meningkatkan ekosistem EV selain memacu potensi negara sebagai hab pengeluaran EV serantau yang dapat menarik lebih banyak pelaburan selanjutnya dalam sektor itu.

Menurutnya, menerusi kehadiran syarikat automotif terkemuka global itu juga, Malaysia bersedia mempercepat peralihan kepada EV dan seterusnya menyaksikan lonjakan kemajuan teknologi, penyelidikan dan pembangunan dalam sektor EV.

Pihaknya berharap dapat melihat lebih banyak bakat atau pekerja tempatan dapat dipupuk, peningkatan perniagaan tempatan dalam rantaian bekalan EV serta pertambahan inovasi yang akan meletakkan Malaysia di peta dunia dari segi pengangkutan lestari. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply