ARKIB

KATEGORI

Buletin

58 buah kenderaan ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Kuantan

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 58 buah kenderaan telah ditahan dalam Op Samseng Jalanan kerana terlibat dalam satu aktiviti lumba haram di Jalan Pekan/Kuantan (hadapan Penjara Penor) awal pagi semalam. Pasukan polis telah menerima terima maklumat dari orang awam mengatakan satu aktiviti lumba haram akan diadakan pada jam 1.00 pagi di lokasi tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Info dari Facebook rasmi JSPT Kontijen Pahang berkata, sepasukan anggota polis dr IPD Kuantan yang diketuai oleh Inspektor Faizal B. Basri (Inspektor Penguatkuasa BSPTD Kuantan) bersama 7 orang anggota BSPTD Kuantan dan dibantu 8 orang anggota JSJ (URJ) Kuantan telah pergi membuat serbuan dilokasi perlumbaan bagi mencegah aktiviti yang tidak bermoral itu.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Semasa serbuan dibuat, sebanyak 58 buah kenderaan yang berada di lokasi perlumbaan berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik IPD Kuantan untuk tindakan selanjutnya. Pihak polis telah mengeluarkan 90 saman dan menangkap serta menyita 2 buah kereta dan 2 buah motosikal kerana tidak mempunyai lesen memandu dan mengubah suai kenderaan.

Syabas kami ucapkan kepada JSPT Kontijen Pahang!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply