ARKIB

KATEGORI

Buletin

61 unit trak tugas ringan Isuzu bantu lancarkan perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Isuzu Malaysia Sdn Bhd telah menyerahkan 61 unit trak Isuzu tugas ringan, ELF NPR75UKHW (Crew Cab) kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertempat di Glenmarie Golf & Country Club. Unit-unit ini telah diperoleh menerusi syarikat Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd (ACM), yang merupakan pengedar sah Isuzu Malaysia.

Perolehan terkini ini selaras dengan pelan perkembangan flit trak sokongan TNB. Trak-trak ini dijangka akan digunakan untuk kerja-kerja sokongan luar, dan telah disesuaikan mengikut keperluan TNB supaya servis perkhidmatan dapat dijalankan dengan lancar dan lebih efisien.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Sebelum majlis penyerahan berlangsung, sesi latihan telah diadakan untuk para pekerja dan pemandu TNB, yang merangkumi pelbagai topik seperti teori produk, penyelenggaraan asas kenderaan dan pemeriksaan pra-penghantaran.

61 unit yang diperoleh telah dilengkapi dengan badan trak ‘Roller Shutter’, dan ruang kabin berkembar yang mampu memuatkan sehingga 5 penumpang dewasa dengan selesa. Tambahan pula, enjin ‘Heavy Duty Common Rail’ 4HK1-TC memastikan output dan prestasi pemanduan sentiasa hebat, selain penjimatan minyak dan kebolehpercayaan yang tinggi supaya operasi harian TNB dapat berjalan dengan lancar.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Koji Nakamura, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TNB di atas kepercayaan dan sokongan yang padu terhadap Isuzu Malaysia sebagai rakan pengangkutan yang diyakini. Nakamura juga percaya bahawa trak Isuzu dapat membantu TNB mencapai objektif untuk memenuhi keperluan elektrik pengguna seluruh negara dengan pantas dan tepat pada masanya.

Dalam majlis majlis tersebut juga, Mohamad Radzi Omar, Ketua Pegawai Operasi syarikat ACM Sdn Bhd, telah menyampaikan hadiah penghargaan kepada Datuk Viswanathan A/L Subramaniam, Pengurus Besar Kanan di Bahagian Pengurusan Flit TNB.

Majlis disaksikan oleh Wan Nazmy Wan Mahmood, Ketua (Operasi) di Bahagian Rangkaian Pengagihan-Pemilik Aset TNB, dan Othman bin Alias, Pengerusi Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB. Turut hadir ialah wakil daripada DRB-HICOM, Muhammad Fateh Teh, Ketua Bahagian Pengedaran Automotif.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply