ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : Tahukah anda pencipta formula sistem penyejukan mesin elektrik supercar/hypercar ini pernah gagal Diploma dan Ijazah?

Info

Views

Dalam artikel terdahulu kami pernah menceritakan kisah seorang anak Malaysia, Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal atau lebih mesra dipanggil Aid Fawzal yang telah berjaya mencipta konsep Nombor Fawzal yang digunakan oleh pengeluar supercar dan hypercar terkemuka di dunia.

Tapi ramai yang tidak tahu yang Dr. Aid Fawzal ini pernah gagal diploma dan ijazah sebelum berjaya menemui formula Nombor Fawzal. Kisah ini diceritakan sendiri secara peribadi oleh beliau menerusi perbualan antara penulis di Facebook Messenger. Begini kisahnya.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Dr. Aid Fawzal telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) namun tidak menumpukan kepada pengajian kerana mula terjebak dengan ‘main kereta’ sambil bekerja di bengkel sebagai penjual alat ganti kereta potong (runner halfcut)

Beberapa kali terkandas, gagal peperiksaan, mengulang semester dan akhirnya beliau telah dibuang dari universiti. Namun beliau bangkit kembali setelah mendapat tahu adik ketiganya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam Sarjana Kejuruteraan. Jadi beliau cuba memohon dan diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UNIKL MFI.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Semasa di sana beliau telah berjaya menyeimbangkan antara pengajian dan menjual alat ganti. Akhirnya beliau berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang baik. Kebetulan selepas tamat pengajian, MARA ada membuka peluang untuk melanjutkan pengajian untuk Sarjana Muda ke luar negara dan beliau telah memohon dan akhirnya terpilih.

Beliau telah memilih Universiti Loughborough dan terus melompat masuk ke tahun kedua (macam pindah kredit). Tapi timbul pula masalah kerana beliau tidak mampu nak meneruskan pengajian kerana terkejut dengan budaya akademik di UK.

Pihak universiti memberi pilihan sama ada beliau mengulang tahun kedua semata-mata untuk subjek statistik atau berhenti terus dan beliau telah memilih untuk berhenti terus. Walaupun agak terkilan dan sedih, beliau mengambil keputusan untuk memohon masuk ke universiti berhampiran tempat tinggalnya setelah berbincang dengan ibu dan bapanya.

Akhirnya, permohonan beliau telah diterima oleh University of Derby dan di sinilah beliau telah mengenali Dr. Dani Harmanto yang menjadi mentornya. Dr. Dani Harmanto sememangnya antara tokoh yang terkenal dalam bidang automotif di Indonesia.

Di sini juga Dr. Aid Fawzal mula mengenali Pengiraan Dinamik Bendalir (Computational Fluid Fynamics). Semasa pengajian Ijazah ini beliau mengambil upah untuk membaiki kereta warga Malaysia dan Muslim di kawasan kejiranan, ia dilakukan semata-mata kerana minat.

Selepas tamat Ijazah beliau membuat kerja sambilan dalam Kejuruteraan Reka Bentuk (CAD) dan masih membaiki kereta. Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam Pengiraan Dinamik Bendalir di Universiti Cranfield. Semasa dalam pengajian beliau hanya berada pada kedudukan kelima terbawah daripada 20 orang pelajar.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Sememangnya pengajian tersebut amat sukar dan beliau setiap hari terpaksa pulang ke rumah jam 3 pagi. Berkat usahanya itu berbaloi setelah mendapat peluang pekerjaan di dua buah syarikat antarabangsa yang mempunyai pejabat di Malaysia

Setelah bekerja selama satu setengah tahun, setelah syarikat milik bapanya memerlukan pekerja. Jadi beliau mengambil keputusan untuk membantu syarikat bapanya selama beberapa bulan sebelum kembali ke UK untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Beliau telah memohon 12 tawaran PhD dari UK, Korea dan Jepun. Beliau telah mendapat satu tawaran namun tiada tajaan. Puas meminta tajaan namun tiada siapa yang sudi membantu beliau ketika itu. Badan-badan di Malaysia menolak untuk menaja semata-mata melihat kepada keputusan SPMnya.

Ini yang membuatkannya terkilan dan berharap sistem penilaian kuno ini dirombak semula kerana ia bakal mensia-siakan bakat yang ada. Akhirnya beliau menerima satu lagi tawaran PhD dari pihak industri. Ia merupakan kolaborasi antara Universiti Coventry dengan syarikat yang berpangkalan dari UK.

Syarikat tersebut merupakan pengeluar mesin elektrik berprestasi tinggi yang mana mereka sedang cuba masuk ke pasaran supercar/hypercar. Aplikasi baharu ini semestinya memerlukan kerahan tenaga yang lebih dengan bebanan suhu yang melampau.

Jadi sistem penyejukan baharu amatlah diperlukan dan di sinilah datangnya ilham untuk beliau mencipta formula Nombor Fawzal yang telah diiktiraf dunia setanding dengan Nombor Reynolds, Prinsip Bernoulli dan Segitiga Pascal.

Semoga kisah ini dijadikan inspirasi kepada mereka di luar sana supaya tidak berputus asa dan berfikir di luar kotak. Syabas Dr. Aid Fawzal kerana telah mengharumkan nama negara dan sudi berkongsikan kisah peribadinya kepada kami!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply