ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ni Hsin terima kelulusan VTA untuk motosikal elektrik Ebixon, CKD bermula November ini

Berita Tempatan

Views

Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV TECH), anak syarikat milik penuh Ni Hsin Group Bhd, baru-baru ini menerima Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia di bawah Akta Pengangkutan Jalan Malaysia 1987.

Berita Harian melaporkan, ia untuk dua model motosikal elektrik Ebixon dalam kategori peribadi dan komersial iaitu, TailG Bold dan TailG Torq.

Menerusi satu kenyataan, pihaknya pada 23 Mac 2022 telah memeterai Perjanjian Pembuatan Peralatan Asal (OEM) dengan Dongguan Tailing Motor Vehicle Co, Ltd (TailG) untuk pembuatan motosikal EV di Malaysia.

Pengarah Urusan NH EV Tech, Khoo Chee Kong, berkata dengan kelulusan VTA, syarikatnya akan mula memulakan pemasangan tempatan (CKD) motosikal Ebixon pada November 2022 dan kemudian melancarkannya ke pasaran.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 17 Mac 2022 telah mengeluarkan Lesen Pengilang kepada NH EV TECH untuk bertindak sebagai Pengilang Berlesen bagi menjalankan aktiviti ‘Pembuatan dan Pemasangan Kenderaan Motosikal Elektrik’.

Ia merupakan motosikal elektrik pertama yang disesuaikan sepenuhnya untuk pasaran peribadi dan komersial domestik, di samping mewujudkan standard baharu dalam pengangkutan bersih di seluruh negara.

Di bawah Perjanjian OEM itu, TailG akan mengeluarkan motosikal EV dan dihantar sebagai komponen, alat ganti dan perisian manakala NH EV TECH akan memasang dan menguji serta menjalankan kawalan kualiti dan pentauliahannya di Malaysia.

TailG, yang ditubuhkan di China pada tahun 2004, mengkhusus dalam R&D, pembuatan, jualan dan perkhidmatan kenderaan elektrik tenaga baru. Produknya meliputi basikal elektrik, skuter elektrik, basikal khas elektrik, basikal roda tiga elektrik dan kenderaan lain.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Syarikat itu menduduki tempat ketiga teratas di China, diiktiraf sebagai “Rakan Kongsi Program E-mobiliti Alam Sekitar PBB” dan mempunyai 7,000 kedai eksklusif di seluruh dunia. TailG juga mencatat Rekod Dunia Guinness untuk jarak terjauh dengan skuter elektrik, sekali cas pada Oktober 2020.

NH EV TECH menyasarkan untuk menjual 50,000 unit motosikal EV Ebixon di Malaysia dan ASEAN dalam tempoh tiga tahun akan datang. Permintaan untuk motosikal EV di rantau ini dijangka menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tempoh tiga hingga 10 tahun akan datang, mengatasi Eropah dan Asia Timur.

Motosikal EV Ebixon menampilkan sistem dwibateri boleh tukar yang menawarkan jarak gabungan sehingga 200 km (112 batu). Baterinya boleh dicas menerusi soket rumah atau ditukar di stesen penukaran bateri yang ditetapkan.

Selain itu, kuasa bateri boleh dicas semula menggunakan pengecas awam. Ia direka bentuk mengikut kesesuaian iklim Malaysia dan serantau, keadaan jalan raya dan gaya penumpang di samping memastikan kualiti, prestasi, keselesaan, kecekapan pengendalian dan kemampuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply