ARKIB

KATEGORI

Buletin

88 stesen Shell seluruh negara terima pembayaran minyak secara Touch ‘n Go RFID

Berita Tempatan

Views

Touch ‘n Go Group dan Shell Malaysia hari ini melancarkan pembayaran minyak nirtunai menggunakan Touch ‘n Go RFID di 88 stesen minyak Shell di seluruh negara. Jumlah stesen minyak Shell ini dijangka akan bertambah sebanyak dua kali ganda menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid berkata para pelanggan kini boleh membuat pembayaran di stesen minyak Shell melalui eDompet Touch ‘n Go yang dipautkan kepada Touch ‘n Go RFID.

Tambah beliau, setakat ini pihaknya memberi tumpuan untuk mempromosikan RFID sebagai kaedah pembayaran tol, tetapi sebenarnya gabungan infrastruktur RFID dan eDompet membolehkan mereka mengembangkannya melangkaui tol.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pengurus Besar, Mobiliti untuk Shell di Malaysia dan Singapura, Seow Lee Ming berkata pihaknya memulakan perkongsian ini dengan Touch ‘n Go untuk membangunkan kaedah pembayaran baharu yang menyediakan kemudahan nirtunai, menggunakan teknologi RFID, dan tanpa aplikasi mudah alih.

Mereka juga telah menyepadukan Touch ‘n Go RFID dengan BonusLink, untuk membolehkan para pelanggan memperoleh mata ganjaran dengan mudah dengan setiap pembelian minyak.

Sepanjang tahun lepas, mereka telah menerima maklum balas positif daripada lebih 10,000 pengguna perintis, dan yakin kolaborasi dengan Touch ‘n Go ini akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan di Shell.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Untuk menggunakan Touch ‘n Go RFID di stesen minyak Shell, para pelanggan perlu pautkan tag RFID Touch ‘n Go kepada akaun eDompet Touch ‘n Go mereka. Pendaftaran dan pengaktifan perlu dilakukan sekali sahaja melalui eDompet Touch ‘n Go.

Setelah pengaktifan berjaya, pelanggan hanya perlu parkir kenderaan di ruang pengisian minyak yang didayakan dengan RFID. Kenderaan akan dikesan dalam beberapa saat, dan pembayaran didebit secara automatik daripada eDompet Touch n’ Go pelanggan untuk membolehkan pengisian minyak.

Sebarang jumlah yang tidak digunakan akan dikembalikan serta-merta ke akaun eDompet Touch ‘n Go pelanggan. Mulai 10 Ogos hingga 16 September 2022, Shell dan Touch ‘n Go akan memberi ganjaran kepada 25,000 pelanggan pertama yang mengisi minyak di stesen Shell dengan menggunakan Touch ‘n Go RFID.

Mereka hanya perlu pam minimum RM50 di Shell untuk transaksi Touch ‘n Go RFID pertama untuk menerima pulangan tunai sebanyak RM10. Ganjaran ini hanyalah terhad kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini buat pertama kali.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply