ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menteri bakal guna EV bermula tahun depan – Tuan Ibrahim

Berita Tempatan

Views

Kerajaan memutuskan untuk menggunakan kenderaan eletrik (EV) kepada semua jemaah Menteri, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut portal MalaysiaGazette, beliau menjelaskan, penggunaan kenderaan elektrik itu akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, mulai tahun depan, semua perolehan kerajaan akan bergerak kepada kereta elektrik. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, butiran mengenai penggunaan kenderaan EV itu masih belum diputuskan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Jelas beliau, secara butirannya belum diputuskan lagi oleh kerana tidak banyak lagi kereta elektrik, maka kosnya agak tinggi tapi bila penggunaan lebih banyak kos akan jadi lebih murah.

Tambah beliau, isunya sekarang adalah tempat mengecas, jadi pihaknya terpaksa menyediakan fasiliti terlebih dahulu di mana stesen pengecasan perlu dibina.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply