ARKIB

KATEGORI

Tular

Bengang RFID buat hal, pemandu Myvi nekad ‘rempuh palang tol’

Tular

Views

Sehingga kini, transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih menjadi keluhan ramai pengguna disebabkan kaedah tersebut sering bermasalah.

KOSMO! ONLINE melaporkan, semalam, tular sebuah rakaman kamera pemuka (dashcam) memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan berkenaan di sebuah lebuh raya.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Video yang dikongsikan Adrian Tan di Facebook itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memahami situasi pemandu tersebut apabila sistem di laluan RFID gagal mengesan kenderaan yang lalu.

Sementara itu, melihat pada rakaman tersebut, pemandu Myvi berkenaan telah mencuba sebanyak empat kali sambil menggerakkan keretanya ke arah depan dan belakang bagi memastikan pelekat RFID pada kenderaannya dapat dikesan oleh sistem.

Namun, selepas beberapa kali percubaannya gagal, pemandu akhirnya bertindak melanggar palang tol dan meneruskan perjalannya sehingga mengejutkan pemandu yang berada di belakangnya.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa puas hati kerana tindakan pemandu itu seolah mewakili pengguna lain yang juga kurang senang dengan sistem terbaharu itu.

“Itu sahaja cara ajar sistem yang lembab macam itu, katanya teknologi hebat untuk lancarkan kesesakan di lebuh raya, kesannya lebih menyusahkan, belajar bagi habis dulu, baru keluarkan teknologi berkesan,” komen seorang pengguna.

“Hanya ‘King’ sahaja berani buat macam ini, tabik la, terima kasih wakilkan kami rakyat Malaysia yang dah lama geram dengan sistem RFID ini,” seloroh Rozaimi. “Terima kasih ‘King’ anda buat kerja yang baik,” ujar Amar Afif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply