ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini gambaran digital hampir tepat KIA Sportage 2021?

Gambaran Artis

Views
[갓차] 스포티지 풀체인지 예상도 | 정면

Pasti ramai yang tahu, gergasi automotif dari Korea Selatan, KIA kini sedang rancak membangunkan model generasi baharu Sportage kan? Acap kali prototaip ujian berpelitup model tersebut berjaya dikesan orang awam sejak beberapa bulan yang lalu dan menerusi siri intipan, jelas Sportage kali ini menampilkan gaya yang lebih radikal.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Dengan merujuk foto-foto intip yang ada, YouTuber dari Gotcha Cars ‘mencuba nasib’ untuk membuat gambaran digital generasi kelima Sportage itu. Gotcha Cars juga telah membuat beberapa pilihan warna yang merangkumi versi dwitona dengan bumbung berwarna hitam.

Hanya gambaran dari hadapan yang dihasilkan buat masa ini dan ia memperlihatkan wajah baharu Sportage yang kelihatan agak pelik dengan penggayaan yang agak keterlaluan. Namun, menurut pandangan kami, gambaran digital ini berkemungkinan besar boleh dikatakan hampir tepat dengan model sebenar.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Sportage baharu versi Gotcha Cars ini banyak menggunakan bentuk dan garisan bersudut tajam. Sekilas pandang, ia seakan rupa ‘Predator‘ dan semestinya jauh lebih garang berbanding model sebelumnya yang mempunyai wajah persis ‘Jar Jar Binks‘ dalam filem Star Wars.

Setakat ini, tidak banyak maklumat yang diperolehi, namun difahamkan unit infohiburannya adalah berasaskan platform Nvidia Drive yang merangkumi audiovisual, navigasi, ketersambungan dan perkhidmatan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Apa pendapat anda mengenai gambaran digital KIA Sportage 2021 ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply