ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini imej paten trak pikap Geely Hao Yue @ Proton X90/Arena?

Berita Global

Views

Tatkala Proton kian ‘rancak’ menguji SUV tujuh tempat duduk terbaharu mereka iaitu Proton X90, muncul pula beberapa imej paten trak pikap yang berasaskan kembarnya iaitu ujian Geely Hao Yue/Okavango di laman sosial.

Foto-foto tersebut telah dimuatnaik oleh akan Facebook sahabat kami Vanhoe Rage dan ia dikatakan bakal model baharu keluaran Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. Buat masa ini, masih belum ada lagi perincian ataupun maklumat lanjut mengenai trak pikap tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Sebenarnya, ini bukan trak pikap pertama yang dihasilkan oleh Geely. Jika anda masih ingat kelibat trak pikap dengan ‘rekaan jelik’ yang dikenali dengan nama Yuancheng FX, itulah trak pikap sulung keluaran Geely yang menggunakan asas Geely Bo Yue PRO.

Trak pikap Yuancheng FX dibangunkan terus dari kerangka monocoque, sekali gus berkongsi pelantar yang sama dengan Bo Yue PRO. Bukan itu sahaja, reka bentuknya juga hampir serupa, cuma berbeza sedikit pada bentuk kemasan jerijinya.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Berbalik kepada imej-imej paten ini, timbul persoalan adakah Geely sudah ‘siap siaga’ dengan trak pikap keduanya? Jika diperhatikan kepada reka bentuknya, nampak Geely Hao Yue lebih sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah trak pikap.

Sekilas pandang, reka bentuknya mengingatkan kami kepada Volkswagen Amarok. Reka bentuk keseluruhan trak pikap cab berkembar ini ‘nampak jauh lebih senonoh’ jika dibandingkan dengan Yuancheng FX. Kami menjangkakan ia masih mengekalkan konsep yang sama, menggunakan kerangka monocoque.

Jika Geely menawarkan model ini sebagai Proton Arena generasi baharu, apa pendapat anda? Kami setuju sangat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vanhoe Rage

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply