ARKIB

KATEGORI

Buletin

AFA lancar identiti baharu – Bakal laksana Projek Pelebaran KL-Karak dan Projek Mitigasi Banjir

Berita Tempatan

Views

AFA Infrastructure and Development Sdn Bhd (AFA) telah melancarkan identiti baharunya hari ini, menandakan pencapaian penting dalam usaha untuk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan di Malaysia.

Menerusi pengambilalihan ANIH Berhad, AFA kini menguruskan dua lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Syarikat ini beroperasi menerusi tiga komponen utama, iaitu:

  • AFA PRIME Berhad (dahulu ANIH Berhad) – Syarikat konsesi lebuh raya bagi Lebuhraya KL-Karak dan LPT1.
  • AFA Construction & Engineering Sdn Bhd (dahulu Alloy Maintenance Engineering Sdn Bhd) – Pakar dalam perkhidmatan penyelenggaraan dan kejuruteraan untuk lebuh raya dan infrastruktur berkaitan.
  • AFA System & Services Sdn Bhd (dahulu Alloy Toll Management Sdn Bhd) – Pengurusan dan kutipan tol.

Penggabungan ini membolehkan AFA menyediakan penyelesaian infrastruktur menyeluruh yang selaras dengan matlamat pembangunan nasional Malaysia.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dengan menyasarkan pertumbuhan hasil tahunan sebanyak 2 peratus hingga 3 peratus, AFA berusaha untuk memperkukuhkan infrastruktur negara, mewujudkan peluang pekerjaan, dan merangsang ekonomi serantau bagi mempercepatkan pencapaian matlamat pembangunan nasional.

Pengerusi AFA Group, Tan Sri Azmil Khalili Khalid berkata, misi syarikat adalah untuk membina rangkaian pengangkutan yang bukan sahaja memperkukuhkan kesalinghubungan negara, malah memajukan komuniti setempat dan mendorong pembangunan lestari.

Antara komitmen AFA dalam mempertingkatkan kesalinghubungan dan keselamatan adalah Projek Pelebaran KL-Karak.

Dengan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion, projek ini bertujuan menangani isu kesesakan dan cabaran keselamatan di salah satu lebuh raya paling sibuk di Malaysia.

Dijadualkan bermula pada Januari 2025, projek selama 48 bulan ini dijangka meningkatkan kecekapan perjalanan, mengurangkan risiko kemalangan, dan merangsang aktiviti ekonomi di sepanjang Pantai Timur.

Antara penambahbaikan utama termasuklah:

  • Pelebaran dari tiga lorong dua hala kepada empat lorong dua hala dengan terowong dua lorong baharu dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah.
  • Penambahbaikan dari dua lorong dua hala kepada tiga lorong dua hala dari Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong.
  • Memperkenalkan langkah keselamatan seperti penstabilan cerun, sistem pengurusan trafik yang dipertingkatkan, dan bahu jalan lebih luas untuk menyokong pengurusan insiden lebih baik.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

AFA juga akan melancarkan Projek Mitigasi Banjir untuk meningkatkan daya tahan lebuh raya semasa cuaca buruk. Dengan peruntukan sebanyak RM200 juta, projek ini dijangka siap pada Disember 2028.

Projek ini memberi tumpuan kepada meminimumkan gangguan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Penambahbaikan yang dirancang termasuk:

  • Peningkatan sistem saliran untuk menguruskan jumlah air yang lebih besar dengan berkesan.
  • Pemanjangan dan pengukuhan pembetung (culvert) untuk meningkatkan aliran air dan integriti struktur.
  • Peninggian jalan di kawasan yang mudah banjir bagi mencegah takungan air dan mengekalkan akses jalan.
  • Penstabilan cerun dan tambakan untuk mencegah hakisan tanah dan tanah runtuh.
  • Pengurusan tumbuh-tumbuhan secara strategik untuk meningkatkan penyerapan air dan mengurangkan larian air.

Selain itu, kelestarian kekal sebagai teras operasi AFA, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia dan sasaran pelepasan sifar karbon seawal 2050.

Syarikat kini sedang meneroka pemasangan panel solar di kawasan rehat, menyediakan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di sepanjang lebuh raya, dan mengintegrasikan bahan binaan mesra alam untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply