Model kembar kepada Proton e.MAS 7, Geely EX5 (Geely Galaxy E5 di China) telah dilancarkan secara rasmi di Thailand bersempena dengan Thai Motor Expo 2024.
Berikut adalah pilihan varian dan harga yang ditawarkan untuk pasaran domestik Thailand:
- Geely EX5 Pro – 859,000 baht (RM111,344)
- Geely EX5 Max – 949,000 baht (RM123,010)
Di Thailand, jenama Geely diedarkan oleh Thonburi Phanich Group dan menurut portal Autolifethailand, harga yang ditawarkan itu adalah harga promosi bersempena sambutan ulang tahun ke-40 syarikat tersebut dan terhad kepada 1,084 unit terawal sahaja.
Geely EX5 dibina berasaskan Seni Bina Elektrik Geely (GEA) yang pertama kali digunakan pada model tersebut.
Ia dipacu oleh motor elektrik tunggal pada gandar roda hadapan dengan ouput sebanyak 218 kuasa kuda dan 320 Nm daya kilas.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Model ini turut berkongsi pek bateri Aegis “Bilah Pendek” litium besi fosfat (LFP) berkapasiti 60.22 kWj yang dihasilkan oleh SVOLT.
Varian EX5 Pro mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksima 175 km/j. Dari segi jarak pemanduan, ia mampu bergerak sejauh 495 km (NEDC).
Varian EX5 Max pula boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.1 saat dan berkongsi kelajuan maksima yang sama dengan EX5 Pro, manakala jarak pemanduannya sejauh 490 km (NEDC).
Kedua-dua varian menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW dan memerlukan hanya 20 minit untuk mengecas takat bateri dari 30 hingga 80 peratus.
Ia turut menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW dan tempoh pebgecasan mengambil masa sehingga 6.1 jam. Model ini turut ditawarkan dengan fungsi ‘vehicle-to-load‘ (V2L) sehingga 3.3 kW.
Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan sistem brek ABS, EBD dan BA, kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TRC), bantuan mendaki, kawalan cenuram, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), sistem anti-oleng, kamera 360 darjah dengan sistem casis lutsinar dan enam beg udara.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Dipasaran Thailand, lima pilihan warna luaran Geely EX5 ditawarkan, iaitu:
- Dawn White
- Morning Mist Grey
- Midnight Black
- Streamer Silver
- Aqua Marine Green
Untuk rona dalaman pula, dua kombinasi pilihan warna boleh dipilih, iaitu:
- Cloud White / Black
- Dusk Blue / Black
Kembar Geely EX5 di Malaysia iaitu Proton e.MAS 7 bakal dilancarkan pada pertengahan bulan Disember nanti dan tempahannya telah pun dibuka sejak 26 Oktober lalu.
Dua pilihan varian ditawarkan, iaitu Prime dan Premium, dengan harga anggaran RM120,000. Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima Pioneer Privilege Deal dengan diskaun sebanyak RM500 dan juga Pioneer Gift Pack yang bernilai RM1,000.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Geely Auto dan Prachya Klom-arrom
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI