ARKIB

KATEGORI

Buletin

AirAsia X catat rugi bersih RM24.63 bilion

Berita Tempatan

Views

AirAsia X Bhd, mencatatkan kerugian bersih RM24.63 bilion bagi suku tahun 1 April hingga 30 Jun 2021 berikutan peruntukan jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang.

Menurut Berita Harian, syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia yang sedang dalam proses penstrukturan semula hutangnya memperuntukkan RM23.7 bilion, jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang iaitu hutang tertunggak di bawah terma kontrak.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Perlu ditekankan adalah liabiliti kontraktual yang mana peruntukan yang dibuat akan diketepikan sebaik cadangan penyusunan semula hutang yang dicadangkan berjaya.

AirAsia X sedang menstruktur semula hutang berjumlah RM63.5 bilion kepada pemiutang tidak bercagar menjadi perakuan hutang oleh syarikat penerbangan itu dengan jumlah pokok sehingga RM200 juta.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Syarikat itu telah menerima tempoh lanjutan sehingga Mac tahun depan bagi menahan perintah 15 pemiutangnya terhadap penyusunan semula dan bagi mengadakan perbincangan, dengan perintah itu perlu dilaporkan semula kepada Mahkamah Tinggi berkaitan kemajuannya pada pertengahan Disember ini.

Syarikat itu juga terus mencatatkan kemajuan dalam perbincangan dengan pemiutang dan berharap untuk mengadakan perbincangan menjelang akhir bulan depan,.

Tanpa peruntukan kepada pemiutang, AirAsia X meraih kerugian sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (LBITDA) berjumlah RM58.16 juta, manakala pendapatannya pula berjumlah RM72.26 juta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply