ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori terbakar, pemandu syarikat kurier maut

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu syarikat perkhidmatan menghantar barang maut selepas kenderaan dipandunya terbakar akibat terlibat dalam kemalangan di Jalan Tasik Utara, Larkin, di Johor Bahru, hari ini.

MalaysiaGazette melaporkan, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.40 pagi dan seramai 10 anggota dengan kekuatan satu jentera telah digegaskan ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Kemalangan itu, jelasnya, melibatkan sebuah lori lima tan yang dipandu mangsa lelaki berusia 23 tahun.
Difahamkan, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak kon jalan sebelum merempuh sebatang pokok.

Kemalangan itu mengakibatkan lori mulai terbakar dan mangsa tidak dapat keluar kerana tersepit, meskipun ada orang awam cuba mengeluarkan mangsa namun api terlalu marak.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Mohd Suhaimi berkata, pasukan penyelamat bertindak menggunakan satu aliran bantu mula bagi memadamkan kebakaran.

Kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan sebanyak 70 peratus dan anggaran kerugian masih lagi didalam siasatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk proses bedah siasat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply