ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta Nasional Ketiga – Elenvi Otomotif dan Alam Perkasa Consortium (APC) calon akhir yang disenarai pendek

Berita Tempatan

Views

Ketika rakyat tertanya-tanya mengenai status semasa projek Kereta Nasional Ketiga, akhbar The Edge baru-baru ini telah mendedahkan nama dua syarikat yang telah disenarai pendek iaitu Elenvi Otomotif dan Alam Perkasa Consortium (APC). Menurut Berita Harian, Elenvi Otomotif Sdn Bhd kini sedang menyediakan pelan perniagaan bagi cadangan pengeluaran kereta elektrik yang dijangka membabitkan kos kira-kira RM5 bilion.

Pelan perniagaan itu turut dirangka dengan kerjasama strategik Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad manakala pelancarannya dijangka diadakan pada Oktober ini. Kereta elektrik itu akan direka dan dikeluarkan untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Pengerusi MIER, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata projek berkenaan akan dibiayai oleh pelabur tempatan menerusi Elenvi Otomotif iaitu sebuah syarikat tujuan khas (SPV). Apabila ditanya sama ada projek kereta elektrik itu akan menjadi kereta nasional ketiga rasmi, berkata berkata, segalanya akan ditentukan oleh kerajaan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Tambahnya lagi, sekiranya kereta elektrik yang dikeluarkan oleh Elenvi Otomotif itu tidak menjadi kereta nasional ketiga yang rasmi, syarikat berkenaan akan tetap mengeluarkannya. Difahamkan, kos RM5 bilion itu turut membabitkan pembangunan kilang pengeluaran pintar kenderaan elektrik seluas kira-kira 160 hektar di Taman Perindustrian Enstek, Negeri Sembilan.

Kilang tersebut akan mematuhi standard Industri 4.0 dengan penggunaan maksimum robotik dan kecerdasan buatan (AI) daripada peringkat reka bentuk sehingga jualan dan pemasaran. Kemudahan pengeluaran itu juga dikatakan akan dipacu modul fotovoltaik solar yang akan dipasang di atas bumbung seluas lapan juta kaki persegi.

Alam Perkasa Consortium (APC) pula dikatakan bakal menubuhkan syarikat Malaysia International Motor Company (Mimco) untuk membina kenderaan elektrik yang akan berada di pasaran seawal 2022. Pengerusi APC, Mohamad Mansor Ngah berkata syarikatnya akan membina model pertama mereka, iaitu sebuah SUV elektrik (EV) bersaiz sederhana rekaan GFG Style yang dimiliki oleh pereka tersohor dunia, Giorgetto Giugiaro bersama anaknya, Fabrizio.

Sekiranya APC terpilih, mereka dan GFG boleh menghasilkan sebuah prototaip berfungsi dalam masa enam bulan yang bakal dipamerkan di Geneva Motor Show. Difahamkan salah satu slot untuk pameran itu telah diberikan kepada mereka.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

APC akan membangunkan sebuah SUV elektrik yang akan dibina dari pelantar Advanced Modular Platform (AMP) yang telah dibeli oleh syarikat tersebut. SUV yang diberi nama Alif itu mempunyai halaju maksimum 230 km/j. Ia mempunyai jarak pemanduan sejauh 450 km untuk sekali caj dan dijana oleh bateri berkapasiti 95 kWh.

Alif disasarkan untuk jualan sebanyak 60,000 unit pada tahun pertamanya dan APC bercadang untuk mengeksport 80 peratus daripada jumlah kenderaan keluarannya ke Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka juga akan mengeksport kenderaan ke China menerusi kerjasama dengan Qiantu Motor.

70 peratus daripada jumlah pengeluaran Alif adalah versi pemanduan sebelah kiri dan dikhabarkan semua komponen kenderaan tersebut (tidak termasuk bateri), merangkumi motor elektrik dan transmisi akan dibina di Malaysia oleh vendor-vendor tempatan dengan bantuan vendor luar. Syarikat itu juga turut merancang untuk menyenaraikan Mimco ke Bursa Saham New York.

Syarikat manakah yang bakal dipilih nanti? Kita tunggu episod drama yang seterusnya.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merafakkan sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto Tan Sri Dr Kamal Salih kredit The Malaysian Reserve

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply