ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alef Aeronautics bakal perkenal ‘kereta terbang sebenar pertama di dunia’, dikenali sebagai Model A

Berita Tempatan

Views

Sebuah syarikat pengangkutan elektrik berpangkalan di California memperkenalkan model ‘kereta terbang sebenar pertama di dunia’ berharga sekitar AS$305,221 (RM1.45 juta) yang sedia digunakan tidak lama lagi, lapor akhbar Daily Star semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Alef Aeronautics memper­kenalkan kereta terbang Model A yang bukan sahaja boleh dipandu di jalan raya, tetapi berlepas dan terbang di udara untuk mengelak­kan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Syarikat itu berkata, Model A adalah satu-satunya kereta terbang yang boleh melakukan kedua-dua fungsi itu. Model A menggunakan infrastruktur bandar sedia ada bagi mengawal pemanduan dan mencari tempat letak kereta tetapi Alef Aeronautics berharap, ia mampu dipandu di lebuh raya langit pada masa hadapan.

Mereka merancang untuk membuat penghantaran pertama Model A pada tahun 2025 setelah membuka tempahan Rabu lalu.

Disifatkan sebagai penyelesaian kepada isu kesesakan lalu lintas zaman moden, Model A mempunyai jarak pemanduan 321.9 kilometer (km) di daratan dan 177 km di udara.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Kereta terbang Alef merupakan penyelesaian moden untuk keperluan pengangkutan bandar dan luar bandar pada abad ke-21 kerana ia pengangkutan terpantas dan paling mudah pernah dicipta untuk bergerak dari tempat berlepas ke destinasi akhir.

Pegawai Eksekutif Alef, Jim Dukhovny berkata, dengan membolehkan pengguna memilih mod memandu atau terbang, kereta terbang Alef berfungsi memberi laluan optimum bergantung kepada keadaan jalan, cuaca dan infrastruktur.

Syarikat itu telah menjalankan ujian penerbangan prototaip bersaiz penuh Model A sejak 2019 selain mengusahakan kereta terbang sejak 2015 dan disokong oleh sebilangan pelabur berprofil tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply