ARKIB

KATEGORI

Buletin

CARSOME lebarkan sayap ke Sarawak

Berita Tempatan

Views

CARSOME baru-baru ini secara rasmi telah mengembangkan operasinya ke Sarawak dengan melancarkan empat buah pusat pemeriksaan kenderaan yang baharu di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

Pusat pemeriksaan ini bertujuan untuk menawarkan pelanggan pengalaman menjual kereta yang berbeza dan tidak rumit, dengan proses pembayaran dan transaksi yang pantas.

Setiap pusat pemeriksaan CARSOME dilengkapi dengan pemeriksa bertauliah yang mahir untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kereta bagi memastikan kualiti kereta diambil kira untuk menawarkan harga terbaik dalam pasaran.

Menurut Pengasas Bersama CARSOME & Ketua Pegawai Eksekutif Akademi CARSOME, Teoh Jiun Ee, kehadiran CARSOME di Sarawak mencatatkan peristiwa penting dan positif buat mereka.

CARSOME kini memiliki 49 buah pusat pemeriksaan di seluruh Malaysia. Dengan memanfaatkan data dan algoritma penetapan harga yang dimiliki syarikat, CARSOME memastikan penawaran harga yang adil dapat diberikan untuk setiap kereta.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ianya mencerminkan matlamat syarikat untuk mencipta ekosistem kereta terpakai yang dipercayai dan telus.  Selain daripada harga yang ditawarkan oleh CARSOME, pelanggan juga boleh menggunakan platform e-bidaan syarikat untuk mendapatkan tawaran harga berbeza daripada rangkaian pengedar kereta terpakai di seluruh negara.

Pelancaran pusat pemeriksaan CARSOME baharu di Kuching telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Menteri Kedua Kewangan dan Ekonomi Baharu dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, kemasukan CARSOME ke Sarawak adalah tepat pada masanya memandangkan negara sedang dalam fasa pemulihan daripada pandemik.

Ianya juga merupakan peluang untuk melatih warga Sarawak untuk menjadi pekerja dan pengguna yang bijak dan seterusnya meningkatkan tahap pendapatan mereka.

CARSOME akan menyokong usaha para pengedar kereta terpakai untuk mendigitalkan operasi dan ekosistem mereka dengan memperkenalkan Platform E-bidaan dan Program Pembiayaan Peniaga serta menyediakan sokongan hujung ke hujung untuk mereka.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Dengan membawa teknologi proprietari dan inovasi perisian yang dimiliki syarikat, CARSOME menyasarkan untuk memperkasakan pengedar kereta terpakai untuk memanfaatkan trend baharu dengan lancar melalui pendigitalan.

Di samping itu, CARSOME berharap pengembangan ini akan membantu merangsang ekonomi dan memacu pertumbuhan yang lebih besar untuk pasaran kereta terpakai.

CARSOME akan mencipta peluang jualan dan pertumbuhan baharu untuk pengedar kereta terpakai dengan mewujudkan usahasama strategik, disamping menawarkan ganjaran bonus dan kemudahan kredit untuk kemampanan perniagaan dalam jangka masa panjang.

Pusat pemeriksaan di Sarawak akan berfungsi sebagai salah satu langkah kemajuan yang seterusnya dalam rancangan perkembangan CARSOME serta mengukuhkan jejaknya yang sedia ada di Malaysia.

Beberapa siri inisiatif pemasaran juga akan dilaksanakan di Sarawak, menawarkan pelbagai promosi kepada pengguna bagi menikmati standard baharu penjualan kereta melalui CARSOME.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply