ARKIB

KATEGORI

Buletin

Allianz Truck Warrior dilancarkan, bantuan tepi jalan untuk Kenderaan Barangan yang pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) hari ini melancarkan Allianz Truck Warrior, yang menyediakan bantuan tapi jalan untuk pemegang polisi Kenderaan Barangan Allianz (komprehensif) yang terlibat dalam kemalangan atau mengalami kerosakan.

Ia juga merupakan perlindungan pertama seumpamanya yang mula dikeluarkan pada 12 Januari 2023. Pemegang polisi boleh menikmati perkhidmatan seperti:

  • Bantuan tepi jalan sehingga tiga kali setahun
  • Penundaan kenderaan barangan mereka sehingga 100km dua hala dengan trak tunda berjenama Allianz
  • Perkhidmatan pembaikan di lokasi kejadian untuk kerosakan
  • Elaun bantuan banjir sehingga RM5,000 untuk setiap kejadian banjir

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Anda hanya perlu membeli polisi insurans motor dan membuat penambahan RM120 untuk mendapatkan Allianz Truck Warrior. Menurut Ketua Pegawai Jualan, Allianz General, Horst Habbig, purata kos menunda sebuah lori yang rosak adalah dalam RM800 dan kos tersebut meningkat berdasarkan jarak.

Namun, dengan Allianz Truck Warrior, mereka menawarkan anda dengan sebuah penyelesaian tanpa perlu menunggu lama, tawar-menawar dan rundingan dengan hanya RM120!

Di samping itu, penundaan sehingga 100km (dua hala) dan perkhidmatan pembaikan di lokasi boleh didapati untuk kerosakan serta anda layak untuk bantuan banjir sehingga RM5,000.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Tambah beliau lagi, untuk melayakkan diri mendapat perlindungan tersebut, kenderaan tersebut harus memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Kenderaan barangan tersebut mesti mempunyai permit A dan C dengan Perlindungan Komprehensif, sehingga 7.5 tan Berat Dengan Muatan
  • Usia kenderaan tidak melebihi 20 tahun

Berdasarkan statistik daripada Laporan Perkhidmatan Insurans Malaysia, terdapat dalam 670,000 buah kenderaan barangan yang diinsuranskan pada tahun 2021.

Oleh itu, perkhidmatan tambahan yang ditawarkan ini adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan pemilik kenderaan barangan, dan ini melengkapkan rangkaian perkhidmatan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply