ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kadar baharu perkongsian kereta GoEV kini lebih murah, lokasi juga bertambah

Berita Tempatan

Views

GoCar Malaysia menjadikan servis perkongsian kereta elektrik GoEV lebih mampu milik menerusi pelaksanaan kadar baharu. Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke atas kini jimat hampir 50 peratus.

Ditawarkan untuk tempahan Pergi-Balik, kadar jam untuk GoEV Share kini ialah RM17.90 (turun daripada RM24.90 sejam). GoCar juga telah mengurangkan kadar harian kepada RM179 berbanding RM249 sehari sebelum ini.

Kadar untuk tempahan jangka masa panjang iaitu 30 hari dan ke atas kini lebih menarik iaitu RM120 sehari berbanding RM232 sebelum ini.

Tempoh tempahan Jam – 2 hari3 hari & ke atas7 hari & ke atas14 hari & ke atas30 hari & ke atas
KadarBermula RM17.90/jam

Bermula RM179/hari

Bermula RM129/hariBermula 

RM125/hari

Bermula RM123/hariBermula 

RM120/hari

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Bagi meningkatkan kebolehdapatan GoEV di Lembah Klang, GoCar telah menambah dua zon baharu – IOI City Mall (Level P1, di antara tiang F7 dan F8) serta 1 Mont Kiara (Zone C5, Level P3, Bay 162-164).

Lokasi sedia ada termasuklah GoCar Petaling Jaya Hub, GoCar Lot92 Cuba Beli Chow Kit, Avenue K KLCC, ERL Station KL Sentral, The LINC KL Jalan Tun Razak, MidValley Megamall, MyTown Cheras, Nissan/Renault ETCM Glenmarie dan 163 Retail Park Mont Kiara.

Rangkaian kereta GoEV kebanyakannya terdiri daripada model elektrik sepenuhnya Nissan Leaf. Ia dilengkapi bateri berkapasiti 40kWj yang menawarkan jarak perjalanan maksimum sejauh 311km dengan sekali caj.

Motor elektriknya berkuasa 320Nm menawarkan pecutan pantas (0-100km/j dalam masa 7.9 saat). Lebih penting lagi, ia hadir dengan ciri brek regeneratif.

Pemandu juga boleh meningkatkan jumlah brek regeneratif dengan menggunakan e-Pedal. Bukan itu sahaja, penggunaan B-mode apabila menuruni bukit juga boleh meningkatkan jarak brek regeneratif.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Setiap kereta GoEV didatangkan dengan kad chargEV (diletakkan di pelindung matahari) yang diberikan secara percuma oleh GoCar.

Pengguna GoEV tidak perlu mendaftar dan membayar yuran keahlian tahunan untuk menggunakan pengecas AC milik chargEV. Bagaimanapun, penggunaan pengecasan pantas DC (CHAdeMO dan CCS2)  akan dikenakan caj berdasarkan kepada kadar chargEV.

Nissan Leaf hadir dengan penyambung Type 1 dan kebanyakan pengecas AC di Malaysia menggunakan outlet pengecasan Type 2. Bagi menyelesaikan masalah padanan ini, GoCar ada menyediakan penyambung Type-2 untuk Type-1 EV.

Ia boleh didapati pada kabel pengecasan Leaf di dalam but setiap kenderaan GoEV. Pengguna GoEV juga boleh melihat lokasi pengecasan dan kebolehdapatan GoEV serta platform JomCharge secara terus di aplikasi mudah alih GoCar.

JomCharge merupakan salah satu rangkaian DC terbesar di Malaysia yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan. Untuk menempah GoEV Share, muat turun aplikasi mudah alih GoCar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply