ARKIB

KATEGORI

Tular

Alphard masuk longkang dan terbalik, bayi 8 bulan terselamat

Tular

Views

Seorang bayi berusia lapan bulan terselamat walaupun kereta jenis Toyota Alphard yang dinaikinya menggelongsor dan terbalik masuk ke dalam longkang Sungai Betong dalam kejadian di tengah bandar Jerantut, kira-kira jam 11 pagi semalam.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Harian Metro, difahamkan ibu bayi tersebut meletakkan kenderaannya di situ sebelum keluar membeli barang dan meninggalkan anaknya di dalam kenderaan.

Sementara itu Pegawai Operasi Bomba PBKII, Osman Abd. Malik berkata, pihak bomba sampai ke lokasi mendapati sebuah kereta Toyota Alphard yang terbabas ke dalam longkang.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Katanya, terdapat seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dalam kereta tersebut yang cedera. Namun mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Katanya, mangsa sudah diserahkan kepada pihak Hospital Jerantut untuk tindakan selanjutnya. Terdahulu tular di media sosial rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan orang awam dilihat mengeluarkan sesuatu daripada sebuah kereta yang terbalik di dalam longkang sebelum menaiki tangga untuk naik ke atas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ridzuan Mansor dan Adam Wong Jr.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply