ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ambulans terbabas – Pemandu dan pesakit maut

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan sebuah ambulans telah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 368.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Slim River, awal pagi tadi mengakibatkan pemandu dan pesakit maut di tempat kejadian.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Kejadian tersebut berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi turut menyebabkan tiga lagi mangsa cedera termasuk seorang doktor wanita. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.42 pagi membabitkan kenderaan jenis ambulans dari Hospital Slim River.

Berdasarkan maklumat diperoleh, ambulans yang dinaiki lima mangsa itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas hingga melanggar besi pembahagi jalan. Maklumat awal kemalangan mengatakan pemandu dan pesakit wanita dewasa maut di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Tiga lagi mangsa iaitu seorang doktor, jururawat dan seorang pembantu pemandu turut cedera dalam kejadian ini. Pihak bomba telah berjaya mengeluarkan semua mangsa dan menyerahkan mangsa yang maut kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang cedera pula telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan. Operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 8.17 pagi. Takziah kami ucapkan kepada waris mangsa yang maut dalam kemalangan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply