ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi kes kecurian tayar dan rim Myvi

Berita Tempatan

Views

Kes kecurian tayar dan rim Perodua Myvi baharu semakin menjadi-jadi. Beberapa jam yang lalu, laman Facebook Info Komuniti Putrajaya Cyberjaya telah memuatnaik foto model hatchback terlaris di Malaysia itu menjadi mangsa terbaharu kecurian tayar dan rim. Kejadian tersebut berlaku di hadapan Universiti Limkokwing.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Menurut maklumat yang diperolehi dari rakan komuniti Cyberjaya, Myvi itu adalah milik syarikat perkhidmatan perkongsian kereta, Socar. Jika diperhatikan foto yang dimuatnaik, dua biji tayar dan rim Myvi yang malang itu lesap dan ia hanya disendal dengan batu-bata di bahagian bawah badannya.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Walaupun Myvi itu diletak berhampiran dengan tiang lampu, namun di sekitarnya tiada kereta lain dan ia memudahkan lagi kerja si pencuri. Sebelum ini, beberapa kes kecurian rim dan tayar Myvi telah dilaporan berlaku di sekitar Pulau Pinang.

Kami nasihatkan supaya pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang selamat dan terang pada waktu malam selain memasang nat pengunci rim pada kereta mereka sebagai langkah pencegahan. Jika anda terlihat aktiviti yang mencurigakan sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera. Sama-samalah kita menjaga keselamatan kawasan komuniti masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Komuniti Putrajaya Cyberjaya

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply