ARKIB

KATEGORI

Buletin

Amerika rancang bina kereta api di bulan

Berita Global

Views

Sebuah syarikat aeroangkasa merancang untuk membina jaringan kereta api di bulan bagi membantu mengangkut manusia dan pelbagai bekalan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Northrop Grumman, mencadangkan sistem rel tersebut yang mendapat sokongan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, ‘kereta api lunar‘ itu diharap dapat mencetus pembangunan ekonomi yang serius dan mampan di bulan.

Rangkaian kereta api bulan yang dicadangkan ini boleh mengangkut manusia, bekalan dan sumber untuk usaha komersial merentasi permukaan bulan.

“Ia seterusnya menyumbang kepada ekonomi angkasa untuk Amerika Syarikat dan rakan kongsi antarabangsa kami,” kata jurucakap syarikat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Northrop Grumman adalah satu daripada 14 syarikat yang dipilih oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan AS (DARPA) pada bulan Disember lalu untuk mengambil bahagian dalam kajian Luna-10.

Ia bertujuan untuk mencipta idea teknologi baharu dengan cepat yang akan membantu manusia meluaskan jejak ekonominya ke angkasa lepas.

Syarikat itu berkata, ia akan menyumbang kepada kajian tersebut dengan menentukan sumber yang diperlukan untuk membina rangkaian rel lunar, mewujudkan senarai kos dan risiko serta mengenal pasti prototaip dan analisis sistem rel lunar yang beroperasi. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply