ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anggota penguat kuasa MBJB jadi ‘hero’ terkam peragut

Berita Tempatan

Views

Semalam tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian ragut membabitkan seorang wanita di kawasan rumah kedai di Taman Mount Austin, Johor Bahru. Hero dalam kejadian tersebut adalah seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Shazrin Hafeez, 26, yang telah menggagalkan cubaan si peragut untuk ‘cabut lari’.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Menurut Harian Metro, dalam kejadian 1 tengah hari itu, Shazrin Hafeez sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian. Katanya, dia terdengar jeritan minta tolong seorang wanita dan pada masa sama, ternampak peragut terjatuh dari motosikal selepas meragut wanita terbabit.

Jelasnya, dia tidak melakukan aksi “tendangan padu maut” seperti kelihatan dalam video tular itu, sebaliknya, terus berlari ke arah peragut dan menerkamnya sehingga kedua-duanya terjatuh. Tambahnya, dia tidak fikir sama ada peragut itu berbahaya atau tidak pada waktu itu, yang penting peragut terbabit dapat ditangkap. Meskipun dia bertubuh kecil, tetapi berjaya menangkap peragut.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Shazrin Hafeez berkata, semua itu dengan bantuan orang awam yang berada di sekitar kawasan yang turut membantu bersama menangkap peragut terbabit. Jelasnya, sebaik peragut berjaya diikat, orang awam yang marah kemudian bertindak menumbuk peragut terbabit. Menurutnya, dia cuba menenangkan mereka dan meminta mereka bersabar sehingga polis tiba.

Tidak lama kemudian polis tiba setelah dihubungi orang awam dan dia bersama mangsa turut ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berhubung kejadian. Katanya lagi, dia memang tidak sangka video itu tular dengan begitu pantas. Dia diberitahu rakan berhubung video tular itu ketika sedang berurusan di balai polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply