ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penggunaan lorong kecemasan oleh penunggang motosikal menyalahi undang-undang – MIROS

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, penggunaan lorong kecemasan oleh motosikal adalah satu kesalahan yang menyalahi undang-undang jalan raya namun dalam keadaan tertentu, mereka wajar diberi kelonggaran terutama dalam isu berkaitan keselamatan.

Menurut, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim, umum mengetahui lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan pihak berkuasa sekiranya ada berlaku hal kecemasan selain ruang untuk pengguna lebuh raya berhenti sekiranya kenderaan mereka rosak.

Jelasnya, menurut undang-undang, memang menjadi satu kesalahan sekiranya lorong kecemasan digunakan oleh mana-mana kenderaan termasuklah motosikal dan boleh dikenakan tindakan. Bagaimanapun, dalam konteks keselamatan, adalah lebih baik memisahkan kenderaan lain yang lebih besar seperti kereta atau kenderaan berat yang berada di laluan sama dengan motosikal.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Justeru penunggang motosikal digalakkan menunggang di sebelah kiri laluan dan jika ada keperluan, mereka boleh menggunakan lorong kecemasan namun perkara itu masih di peringkat perbincangan. Membenarkan motosikal menggunakan lorong kecemasan boleh dianggap sebagai penyelesaian sementara dalam situasi tertentu, namun penunggang motosikal tidak sepatutnya menganggap laluan itu adalah milik mereka.

MIROS masih meneliti perkara ini kerana masih wujud risiko lain seperti kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan kenderaan rosak yang berhenti di lorong kecemasan. Penunggang motosikal juga harus mematuhi undang-undang yang termaktub bahawa tiada kenderaan boleh menggunakan lorong kecemasan. Namun sekiranya ada keperluan untuk menggunakan lorong kecemasan, mereka perlu menggunakannya secara berhemah.

Menurut Khairil Anwar, penunggang motosikal sewajarnya mematuhi undang-undang asas semasa menunggang motosikal termasuk memakai topi keledar dengan sempurna, memakai pakaian keselamatan yang bersesuaian termasuk kasut. Mereka juga seharusnya memikirkan bahawa sebuah motosikal yang mempunyai fungsi brek yang lebih baik seperti ABS akan dapat membantu mengelak kemalangan.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Ini bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan, dan dalam masa sama mereka perlu mematuhi had laju yang ditetapkan serta peka dengan situasi di laluan itu. Tambahnya, perkara ini boleh dielakkan sekiranya penunggang motosikal menggunakan lorong kecemasan dengan berhati-hati kerana ia bukanlah laluan khas motosikal.

Kelmarin tular satu video rakaman menunjukkan kemalangan di Kilometer 56 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak membabitkan sebuah kereta Toyota Camry dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur dan sebuah motosikal yang ditunggang bersama seorang pembonceng.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, pemandu kereta berkenaan dilihat mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di hadapan dan dalam masa yang sama terdapat sebuah motosikal di lorong berkenaan. Motosikal terbabit cuba mengelak lalu terbabas dan jatuh ke tebing kiri jalan. Pemandu kereta itu bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis, berkata pemandu Camry berusia 37 tahun direman bermula semalam hingga Jumaat untuk membantu siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply