ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anggota polis maut dalam kereta dipercayai tembak diri sendiri

Berita Tempatan

Views

Seorang anggota polis maut selepas dipercayai menembak diri sendiri dalam kejadian di Jalan Abdullah, di Muar, pagi tadi.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, berdasarkan laporan awal, polis menerima maklumat seorang anggota polis ingin membunuh diri.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Sehubungan itu, satu operasi mengesan anggota berkenaan dijalankan sebelum mangsa ditemui mati dalam kenderaannya dengan kesan tembakan di leher kira-kira jam 11.18 pagi tadi.

Jelasnya, pada 8.20 pagi pihak polis daerah Muar ada menerima satu maklumat berkaitan seorang anggota polis ingin membunuh diri melalui pesanan ‘WhatsApp’.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Bertindak atas maklumat tersebut, satu operasi dijalankan dan anggota berkenaan ditemui mati dalam kenderaanya di lot parkir di pekan Muar dengan kesan tembakan di leher.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Revolver 38 bersama mayat mangsa. Katanya, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply