ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menunggang sambil buat aksi ‘zig-zag’ – Tujuh ‘Mat Motor’ ini diburu polis

Berita Tempatan

Views

Polis sedang mengesan tujuh individu yang menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, semalam.

K! ONLINE melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, aksi kesemua penunggang itu telah dirakam oleh pemilik akaun tiktok ym_yuliaevanna dan dimuat naik dalam media sosial Facebook ‘N9 Info Trafik’.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Video itu memaparkan aksi tujuh penunggang motosikal yang menunggang dengan cara membongkok badan, bersaing sesama sendiri dan membuat aksi zig-zag yang yang boleh membahayakan diri sendiri dan juga pihak lain.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada Ahad antara pukul 2 hingga 3 petang di Lebuh Raya Seremban- Port Dickson antara Kilometer 14 hingga 16 arah Port Dickson ke Seremban.

Beliau berkata, sehubungan itu pihak polis sedang mengesan kesemua penunggang motosikal bagi siasatan lanjut dan siasatan akan dijalankan bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu atau menunggang kenderaan secara melulu dan berbahaya.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Jika sabit kesalahan, pesalah akan dikenakan tindakan penjara tidak kurang lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15, 000 serta hilang kelayakan lesen memandu melebihi lima tahun.

Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menyalurkan segala maklumat ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson atau hubungi talian 06-647 2222.

Terdahulu, satu video berdurasi kira-kira satu minit tular di Facebook memaparkan sekumpulan penunggang motosikal menunggang secara berbahaya, sekali gus melahirkan kebimbangan orang ramai dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply