ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki ‘mengamuk’ sambil acu parang bikin pengguna jalan raya gempar

Berita Tempatan

Views

Pengguna jalan raya di Jalan Temerloh-Maran berhampiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh digemparkan dengan tindakan seorang lelaki tidak berbaju yang ‘mengamuk’ dengan mengacukan parang kepada kenderaan yang lalu lalang di situ.

K! ONLINE melaporkan, tindakan lelaki berkenaan menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas apabila ramai pengguna jalan raya tidak berani melalui kawasan itu kerana bimbangkan risiko keselamatan.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Seorang pengguna jalan raya, Khaidir Ahmad, 59, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu dia dalam perjalanan menaiki kereta ke arah Maran.

Katanya, apabila tiba di jalan berhampiran dengan Hoshas berkenaan, dia melihat jalan sesak dan terdapat seorang lelaki tidak berbaju sedang memegang parang dan mengacukannya kepada kenderaan yang lalu.

Dia merasa terkejut namun memberanikan diri memandu kereta lalu di situ dan bernasib baik tidak diserang lelaki berkenaan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Sementara itu Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian telah menahan lelaki berusia 30-an berkenaan.

Katanya,kejadian berkenaan tidak menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian itu termasuklah sekiranya suspek mempunyai masalah mental.

Tambahnya, setakat ini, tiada individu yang tampil membuat laporan polis dan siasatan dilakukan terhadap suspek termasuklah juga saringan air kencing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply