ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angka-Tan Motor lancar trak pikap JMC Vigus Pro – Harga bermula dari RM98,888

Berita Tempatan

Views

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) hari in melancarkan pendatang baharu dalam segmen trak pikap satu tan, JMC Vigus Pro serba baharu. Ditawarkan pada harga bermula dari RM98,888, model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Tan Chong Motor di Serendah, Selangor merupakan trak pikap kedua terlaris di pasaran China.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd dan Pengarah Eksekutif Angka-Tan Motor, Tan Keng Meng, pihaknya berterima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Jiangling Motors Company (JMC) dan Tan Chong Group untuk menjadikan usaha ini satu realiti.

Dalam masa yang sama mereka juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Mayflower Car Rental Sdn Bhd kerana menjadi pelanggan armada (fleet) perintis dengan tempahan awal sebanyak 30 unit.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Apa yang menarik mengenai JMC Vigus Pro?

  • Trak pikap ini tampil rekaan hadapan yang garang, diilhamkan dari ekspresi seekor harimau sedang menerkam menerusi jeriji berbentuk heksagon besar bersama kemasan krom, lampu utama nipis dan lampu siang (DRL) berbentuk-C.
  • Vigus Pro dipasang dengan bar sport bersama lampu brek ketiga, injak sisi, cermin sisi boleh dilipat secara automatik dan lampu signal serta rim aloi dwitona bersaiz 16 inci.
  • Ia dijana oleh enjin turbo diesel 2.0 liter Puma dengan sistem pancitan bahan api common-rail tekanan tinggi, pengecas turbo geometri boleh ubah, intercooler dan injap pintasan penyejuk EGR.
  • Enjin ini mampu menjana 141PS pada 3,600rpm dan 340Nm daya kilas bermula 1,500rpm sehingga 2,600rpm. Ia dipadankan pula dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan.
  • Rangkaian kuasa ini menawarkan penjimatan bahan api 7.8L/100km (ujian UNECE R101), sekali gus menjadikannya salah satu trak pikap satu tan paling jimat di pasaran.
  • Vigus Pro dibina menggunakan kerangka jenis ladder yang mampu menampung beban sehingga 850kg.
  • Suspensi hadapannya menggunakan double-wishbone bebas sepenuhnya dengan bar penstabil yang telah diperkukuhkan, manakala gandar belakangnya menggunakan gegelung jenis dedaun.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

  • Ia dilengkapi dengan sistem 4WD dari BorgWarner dan pemandu boleh memilih mod 2WD, 4WD dan low-range 4WD menerusi dial rotari. Gandar belakangnya juga dipasang dengan kunci limited-slip differential Eaton.
  • Versi standard JMC Vigus Pro dilengkapi dengan Kawalan Turun Curam, Bantuan Mula Mendaki,  ABS dengan EBD dan Program Kestabilan Elektronik dengan Kawalan Cengkaman.
  • Rekaan dalaman dengan rekaan menarik seperti stereng dua jejari pelbagai fungsi yang dibaluti kulit dan turut dilengkapi dengan paddle shifter.
  • Tuil gear elektronik yang pertama dalam kelasnya dengan rekaan lebih kompak dan kemas.
  • Sistem infohiburnya terdiri daripada skrin sentuh warna bersaiz 8 inci, sambungan Bluetooth, pemain video MP5 dan kamera undur.
  • Antara ciri standard lain pada model ini termasuklah cermin sisi kuasa boleh dilipat dan tingkap yang boleh dioperasi dari jauh dan pemanas pada cermin sisi.

JMC Vigus Pro ditawarkan dalam satu varian dengan empat pilihan warna iaitu Steady Brown, Solid White, Brilliant Silver dan Glossy Black. Ia juga hadir dengan jaminan selama tiga tahun/100,000km, mana-mana terdahulu.

Ia kini boleh dilihat dan dipandu uji di semua 13 pengedar ATM di seluruh negara yang turut merangkumi rangkaian 13 bengkel perkhidmatan selepas jualan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply