ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enggan pulang aset kerajaan negeri, polis rampas Toyota Camry bekas Exco Melaka

Berita Tempatan

Views

Polis Melaka merampas kenderaan rasmi yang digunakan bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee susulan keengganannya memulangkan aset kerajaan negeri berkenaan.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan itu dibuat semalam di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Tun Perak di Ayer Keroh, yang dipercayai disewa oleh Exco berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi.

Kereta jenis Toyota Camry bewarna hitam itu dirampas selepas laporan polis dibuat oleh seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri sebelum pihak polis mendapatkan waran geledah oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Bertindak atas waran geledah yang dikeluarkan oleh mahkamah, sepasukan pegawai dan anggota polis telah merampas kereta bernombor pendaftaran MAL 3 di aras tiga sebuah kondominium berkenaan.

Pihak polis turut merampas satu anak kunci kereta, kad ‘Touch ‘n Go’ dan kad minyak daripada seorang lelaki yang merupakan pemandu rasmi kepada beliau yang hadir menyaksikan rampasan dibuat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang. Sebelum ini, Norhizam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu bertegas enggan memulangkan aset kerajaan negeri meskipun sudah melepaskan jawatan Exco pada hujung bulan lalu.

Tegas beliau, pemulangan aset-aset berkenaan hanya akan dibuat sekiranya semua Exco dan 28 ADUN negeri berkenaan melakukan perkara sama memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Mengulas lanjut ujar Abdul Majid, sehingga kini seramai lima saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Pihaknya juga akan merakam keterangan Norhizam dalam masa terdekat sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak pendakwa raya.

Pihak polis juga meminta Exco itu datang, namun hanya pemandunya yang menyerahkan kunci dan serahan itu dibuat secara harmoni.

Setakat ini lima saksi telah dipanggil dan bekas ADUN ini akan kita rakam percakapannya dalam masa terdekat ini juga. Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply