ARKIB

KATEGORI

Buletin

Animasi 3D ‘comel’ dalam iklan terbaharu Perodua tarik perhatian warganet

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini laman Facebook rasmi Perodua telah menyiarkan iklan terbaharu mereka yang bertajuk “Jom Sampai Selamat“. Iklan tersebut telah berjaya mencuri perhatian warganet kerana ia memaparkan teknologi keselamatan pada kereta-kereta Perodua yang menggunakan watak animasi 3 dimensi yang comel.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Setakat artikel ini ditulis, iklan tersebut telah mendapat lebih 102k tontonan di laman Facebook dan mendapat lebih 1,100 tanda suka dan 540 perkongsian. Ternyata warganet amat meminati gaya persembahan dengan cara animasi 3 dimensi yang sangat comel ini kerana ia mudah untuk difahami dan turut menarik perhatian kanak-kanak.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Antara ciri keselamatan yang dipaparkan dalam iklan tersebut adalah Sistem ISOFIX dan Penambat Atas (Top Tether) pada model Alza, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) pada model Axia STYLE, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) pada model Bezza facelift 2020, Bantuan Mula Mendaki (HSA) pada model Aruz dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A) 2.0 pada model Myvi 2020.

Untuk menonton iklan tersebut, ketik butang play pada video yang kami lampirkan di atas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply