ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Myvi sebabkan kemalangan maut positif dadah

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, pihak polis telah menahan pemandu Perodua Myvi yang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi semalam, hingga menyebabkan seorang anggota TLDM berusia 31 tahun meninggal dunia.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Difahamkan pemandu itu adalah wanita berusia 23 tahun. Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelas beliau, suspek yang sudah ditahan akan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mohd Padzli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik manakala pemandu Honda Accord yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu Proton Iswara berusia 78 tahun pula cedera. Sementara itu, Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, pihaknya sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota ke lokasi dan mengeluarkan mangsa yang berada di Honda Accord.

Jelasnya, mangsa berusia 31 tahun tersepit di bahagian pemandu dan pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya. Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan beliau turut memaklumkan operasi menyelamat selesai pada 10 pagi semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aurizn Malaysia

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply