ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anugerah Pengedar Volkswagen 2018 iktiraf pengedar dan kakitangan terbaik

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan pencapaian para pengedarnya dalam acara Malam Anugerah Pengedar Volkswagen 2018 di hotel Hilton Kuala Lumpur. Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan pengedar serta kakitangan terbaik atas pencapaian mereka menyokong jenama Volkwagen di Malaysia sepanjang tahun 2018.

Acara ini telah dihadiri oleh 25 pengedar daripada rangkaian pengedaran Volkswagen di seluruh negara. Empat anugerah telah disampaikan di bawah kategori pengedaran yang melibatkan pengedar pusat 3S dan 4S. Kriteria penjurian dan skor dinilai berdasarkan kepada usaha pengedar dalam aspek jualan dan pemasaran, selepas jualan, kepuasan pelanggan, pematuhan standard serta kelayakan tenaga kerja.

Para pengedar ini dinilai mulai Januari hingga Disember 2018. Anugerah Pengedar Terbaik Keseluruhan bagi tahun 2018 diberikan kepada MHV Autohaus (Volkswagen Gombak). MHV Autohaus juga memenangi Pengedar Terbaik Keseluruhan pada tahun 2017.

Penerima lain untuk Pengedar Terbaik dalam kategori-kategori lain (mengikut lokasi dan wilayah) adalah:

  • Kategori A – Pusat 4S: Wearnes Automotive
  • Kategori B – Pengedar di Lembah Klang: MHV Autohaus
  • Kategori C – Pengedar di luar Lembah Klang: Lee Motors Autohaus



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Bakat individu dalam rangkaian pengedar turut diiktiraf dan diberi anugerah di atas prestasi luar biasa mereka ketika bertindak sebagai Pengurus Jualan, Penasihat Jualan, Pengurus Selepas Jualan, Pengurus Alat Ganti, Perunding Servis dan Juruteknik.

Individu-individu daripada pelbagai kategori dinilai dari segi kualititatif dan kuantitatif dalam pencapaian KPI mereka bagi peringkat serta jawatan berbeza. Antara kriteria yang dinilai termasuklah sasaran selepas jualan, tahap kepuasan pelanggan, pematuhan terhadap proses dan prosedur serta berjaya memperoleh kelayakan dan latihan yang diperlukan.

Enam orang individu dengan Pencapaian Keseluruhan Terbaik ialah:

  • James Leong dari MHV Autohaus sebagai Pengurus Jualan Terbaik
  • Yan Mun Ee dari Goh Brothers, Ipoh sebagai Perunding Jualan Terbaik
  • William Loh dari MHV Autohaus sebagai Pengurus Selepas Jualan Terbaik
  • John Leow dari MHV Autohaus sebagai Pengurus Alat Ganti Terbaik
  • Azrul Muzakhair dari Wearnes Sg Besi sebagai Penasihat Servis Terbaik
  • Husni Thamrin dari Lee Motors, Alor Setar sebagai Juruteknik Terbaik

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa anugerah itu diadakan bukan sahaja untuk mengiktiraf kerja keras semua pengedar Volkswagen, malah dibuat bagi meningkatkan penanda aras para pengedar di seluruh rangkaian.

VPCM terus memberi galakan dan dorongan kepada rakan-rakan pengedar agar terus melakukan penambahbaikan. Syarikat membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan para pemilik kenderaan Volkswagen menerusi para pengedar ini dengan cara meningkatkan pengalaman pemilikan mereka secara keseluruhannya.

Turut hadir di majlis tersebut untuk menerima trofi masing-masing ialah para pemenang Kejohanan Dunia Kelayakan Jualan Runcit Volkswagen (RQWC) 2018/2019 Peringkat Kebangsaan iaitu:

  • Lu Weng Jen dari MHV Autohaus untuk kategori Penasihat Servis
  • John Leow Zhi Kuan MHV Autohaus untuk kategori Servis Alat Ganti
  • Yeoh Chun Ping dari Goh Brother Motors untuk kategori Ketua Juruteknik

Anugerah-anugerah tersebut telah disampaikan oleh Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM, Florian Steiner dan Pengarah Selepas Jualan VPCM, Deenan Nadar.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply