ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S baharu KIA Kota Bharu dibuka

Berita Tempatan

Views

Naza Kia Malaysia meluaskan lagi rangkaiannya di Pantai Timur dengan membuka sebuah cawangan 3S di Kota Bharu, Kelantan. Pusat 3S Kia Kota Bharu berkeluasan 3,500 kaki persegi mampu mempamerkan sehingga lima buah kereta di ruang pameran serta dilengkapi dengan dua ruang servis angkat yang boleh menyelenggara sehingga 100 buah kereta sebulan. Ia terletak di Jalan Sultan Yahya Petra dan mensasarkan jualan 18 unit sebulan.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings berkata pusat 3S terbaharu ini akan menyokong perkembangan rangkaian KIA untuk memenuhi jangkaan pelanggan dan menepati peningkatan permintaan untuk kereta jenama tersebut di Pantai Timur.

Pemilik pusat 3S ini, Raza Motors Sdn Bhd telah melaburkan hampir RM 1 juta untuk membangunkan cawangan yang merangkumi jualan, servis dan fasiliti alat ganti dan bakal membina sebuah fasiliti Cat dan Badan dalam tempoh 3 tahun lagi.

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Pusat ini turut dilengkapi dengan lounge pelanggan, bilik mesyuarat, surau, stor simpanan alat ganti dan ruang cuci kereta. Tambah SM Nasarudin lagi, selain cawangan ini, mereka akan terus mempertingkatkan rangkaian di setiap pasaran utama, di mana tahun ini sahaja mereka sedang menyiapkan enam cawangan baharu di Lembah Klang, Wilayah Selatan, Wilayah Utara, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply