ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi MYJalan terima 1,000 aduan jalan rosak sejak 24 Ogos

Berita Tempatan

Views

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 1,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 24 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata aplikasi aduan berkaitan kerosakan jalan raya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, namun sebahagian besar aduan terbabit bukan membabitkan jalan milik atau di bawah penyelenggaraan KKR.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beliau berkata, KKR tetap membantu menyalurkan aduan terbabit ke pemilik jalan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri dan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa yang dibina di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah).

Abdul Rahman berkata, tidak dinafikan ramai yang menuding jari kepada JKR apabila berlaku kerosakan jalan raya seperti kontraktor menebuk jalan bagi membaiki kerosakan paip, sedangkan ia berlaku bukan di jalan milik atau di bawah selenggaraan JKR.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Jadi, beliau meminta pihak terbabit segera membaiki jalan tersebut agar tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya.

KKR sebelum ini melancarkan kempen MYJalan yang merangkumi sistem aduan bagi menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kerosakan jalan raya. –Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply