ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi Volkswagen ‘Gemilang Deals’ tawar penjimatan sehingga RM23k untuk model dengan IQ.DRIVE

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan promosi ‘Gemilang Deals‘.

Kempen tersebut menawarkan penjimatan bermula RM10,000 ke atas model-model Volkswagen yang dilengkapi sistem IQ.DRIVE.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sah sehingga 31 Oktober, senarai promosi Gemilang Deals adalah seperti berikut:

Model 

IQ.DRIVE 

Harga Runcit Cadangan (RM)Gemilang Deals (RM)Penjimatan 

(RM)

Tiguan Allspace Elegance 202,990192,99010,000
Tiguan Allspace R-Line255,990240,99015,000
Golf GTI244,990234,99010,000
Arteon R-Line 4MOTION299,990276,99023,000

Selain itu, VPCM juga akan mengadakan Jelajah Volkswagen bermula 6 hingga 10 September 2023 di pusat membeli-belah 1Utama.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Terletak di Oval New Wing, antara tarikan utama jerayawara berkenaan ialah debut umum model Golf R yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Dijangka ditawarkan pada harga di antara RM330,000 hingga RM350,000 seunit, Golf R pemasangan tempatan (CKD) itu hadir dengan “R Performance Package” sebagai ciri standard.

Pakej itu hadir dengan ekzos titanium Akrapovič, mode “Drift” dan “Special“, spoiler belakang baharu serta rim aloi Estoril bersaiz 19-inci.

Antara tarikan lain pada Jelajah Volkswagen ialah pameran dan sesi pandu uji rangkaian ekstensif model-model Volkswagen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply