Toyota Motor Corporation (Toyota) hari ini memperkenalkan dan mula menerima tempahan model terbaharunya, iaitu Century SUV di Jepun.
Model sedannya masih lagi ditawarkan dan sejak debut pertamanya pada 1967, Century masih lagi kekal sebagai kereta “chauffeur-driven” premium dari jenama tersebut.
Berikut adalah fakta ringkas menarik mengenai Century SUV:
Rekaan luaran
Ia menampilkan rekaan bersegi yang ‘gah’ dengan permainan garis lekukan yang menyerlahkan kemewahannya.
Jeriji yang tertutup serta perincian yang begitu rapi, terutama sekali lambang burung ‘Phoenix‘ telah diukir dengan tangan oleh pengukir yang mahir.
Empat set lampu hadapan dan juga belakangnya pula memberikan impresi penuh bermaruah.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Rekaan dalaman
Century SUV menyediakan ruang dalaman yang selesa dengan ruang dan fungsi yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
Sebagai contoh, fungsi tempat duduk belakang yang boleh disandarkan sepenuhnya, sistem bunyi yang dibangunkan oleh pakar pembuatan alat muzik, dan sudut bukaan pintu belakang 75 darjah dan lantai kabin yang luas.
Dimensi
Dari segi dimensi, model yang dibangunkan dari pelantar TNGA ini berukuran 5,205 mm panjang, 1,990 mm lebar, dan 1,805 mm tinggi manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,950 mm.
Rangkaian kuasa
Model SUV ini dijana oleh rangkaian kuasa hibrid plug-in 3.5-liter V6 (kod 2GR-FXS) yang menjana 406 kuasa kuda dan digandingkan dengan transmisi E-CVT bersama sistem pacuan semua roda E-Four Advanced.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Pemanduan
Century SUV dilengkapi sistem stereng “Dynamic Rear Steering” yang menyediakan pengendalian yang mudah pada kelajuan rendah dan pengendalian semula jadi yang lancar pada kelajuan sederhana hingga tinggi.
Selain itu ia turut didatangkan dengan mod “Rear Comfort” bagi memastikan keselesaan perjalanan bagi penumpang di belakang yang turut membantu kawalan brek untuk menahan hentakan apabila kenderaan berhenti.
Casis
Ketegaran kilasan badan dan keselesaan pemanduannya turut dipertingkatkan. Penggunaan kaca berlamina jernih digunakan pada bahagian kabin pemisah ruang kargo untuk mengurangkan hingar.
Harga jualan
Century SUV dijual pada harga cadangan yang bermula dari JPY 25,000,000 (RM793,159) di Jepun.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI