ARKIB

KATEGORI

Buletin

Audi acah lakaran model konsep activesphere crossover sedan, bakal muncul awal 2023

Berita Global

Views

Audi mula menyiarkan satu lakaran hitam putih sebuah model kereta konsep, dikenali dengan nama activesphere yang bakal membuat penampilan sulungnya pada awal tahun 2023. Model konsep kali ini agak sedikit luar dari kebiasaan kerana ia merupakan sebuah crossover sedan.

activesphere merupakan model keempat daripada ahli keluarga “sphere” selepas model grand tourer dua pintu “skysphere”, sedan eksekutif “grandsphere” dan minivan “urbansphere”.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jika diperhatikan kepada lakaran tersebut, ia jelas memperlihatkan reka bentuk sedan “tiga-kotak” dengan lega tanah yang agak tinggi, serta rim besar yang dibaluti oleh tayar semua-permukaan (all-terrain).

Audi mendakwa model itu “akan menawarkan kebolehubahan maksimum untuk gaya hidup aktif, di jalan dan juga off-road“. Walaubagaimanapun, model ini tidak kelihatan seperti sebuah SUV disebabkan reka bentuknya yang ‘kurus dan segak’.

Rekaan model ini menampilkan bonet yang panjang, fender belakang yang menonjol, serta garis bumbung seksi yang lazimnya terdapat pada model coupe atau sportback.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Di hadapan, ia memperlihatkan gaya rekaan yang ringkas menerusi penggunaan lampu depan jenis LED yang langsing dan bersama jeriji bingkai tunggal yang sama seperti model konsep lain dari siri “sphere”.

Di belakang kita dapat melihat jejalur LED nipis dan dari sudut ini ia terus mengingatkan kita kepada Porsche Taycan. Buat masa ini tiada sebarang perincian didedahkan dan besar kemungkinan ia dibangunkan dari pelantar khusus untuk kenderaan elektrik (EV), serta dilengkapi dengan teknologi autonomi tercanggih dari Audi.

Model sedan eksekutif grandsphere dilengkapi dengan dwimotor elektrik yang menjana 700 kuasa kuda dan 960 Nm daya kilas. Model crossover sedan ini mungkin berkongsi pek bateri 120 kWj 800-volt yang turut digunakan pada grandsphere dan urbansphrere, dengan jarak tempuh 750 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply