ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Road tax’ mati sejak 1999, JPJ Pahang sita sebuah kereta

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi JPJ Negeri Pahang menerusi satu hantaran memaklumkan, masih ramai penunggang motosikal di negeri ini tidak memiliki lesen memandu.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun memberikan pelbagai alasan, antaranya masalah kewangan, namun mampu memiliki motosikal yang berkali ganda kos mendapatkan lesen memandu.

 

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pengarah JPJ Negeri Pahang Tuan Kamarul Iskandar bin Nordin menasihatkan golongan ini agar segera mendapatkan lesen memandu dan tidak mengambil mudah kesalahan menunggang tanpa lesen. Jika tidak, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka.

Beliau berkata demikian dalam Ops Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang yang diadakan di Jalan Tanjung Lumpur. Operasi 3 jam yang bermula jam 9.00 malam itu melibatkan 21 pegawai dan anggota diketuai oleh Tuan Ahmad Zaki Yamani bin Bidin, Ketua Seksyen Operasi JPJ Negeri Pahang.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sebanyak 325 buah kenderaan telah diperiksa dan 85 buah kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Sasaran operasi kali ini ialah kesalahan berkaitan teknikal nombor pendaftaran dan lampu ‘strobe.

131 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan 122 daripadanya ialah saman JPJ(P)22 dengan 40 saman adalah atas kesalahan tiada lesen memandu. Dua buah motokar disita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan salah satu darinya telah tamat tempoh pada tahun 1999.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Pahang

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply